Sabtu, 29 Disember 2012

Kisah kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullah

Aku ada beberapa entry draft yang aku tak tahu nak buat ape. Antaranya entry kat bawah ni. Nak delete sayang pulak. Buat kenangan..

About Wafa
**********
Nama penuh : Wafa Binti Mohamad Khalid

Tarikh Lahir : 4 oktober 2009 , bersamaan 15 shawwal 1430 , 8.40 malam (waktu Madinah)

Berat : 2.65 kg

Cara kelahiran : ceasarean section (operate lg! huhu..)


Kisah Kelahiran
**************
4 oktober 2009.. Ahad

Lebih kurang 2.20 pagi, air ketuban keluar dgn bnyknya. tapi aku tak rasa sakit ape pun. air keluar, keluar dan keluar lg..baru aku tau bnyk rupanya air ketuban nih..heh heh heh...terus tepon dua2 mak bgtau. mak aku siap suruh mkn lg! katanya biar ada tenaga nanti. dlm situasi cemas mcm tu manelah aku lalu nak mkn..huhu..lepas kemas2 beg ( alkisahnya beg utk pegi sepital tak siapkan lg, wah2 selambanyer ) , terus pegi hospital. sampai hospital, nurse examined pintu rahim, namun hampa bila dia ckp pintu rahim tak buka lagi..sambil menunggu doktor on call iaitu doktor Jihan, aku dah mula rasa sakit sikit2. pastu asyik ulang alik masuk toilet..

Bila doktor Jihan sampai, pintu rahim di periksa lg. masih sama, tiada bukaan..maka aku diberikan sepersalinan baju pesakit yg bewarna pink dan ujian ctg dijalankan. doktor bg 6 jam untuk lihat progress labour pain. masa berlalu namun ujian ctg menunjukkan labour pain aku sgt2 mild. 6 jam lagi diberi...alhamdulillah dlm masa menunggu ni, keadaan baby dlm perut yg masa tu tak diketahui jantinanya berada dlm keadaan sihat walafiat dgn denyutan jantungnya yg stabil.

12 jam berlalu (12 jam plus2 sebenarnya) , ada jugalah aku rasa sakit2 yg datang yg boleh aku sifatkan macam ombak. kdg2 ombak kecik, kdg2 ombak besar, cuma tsunami aje yg aku tak rasa kot! hahaha...namun tiada juga bukaan rahim. the moment of truth..doktor ckp takleh nak tunggu lebih lama lg sebab dikhuatiri baby akan terkena jangkitan kuman. air ketuban pun dah semakin kering sebab keluar dgn banyak sejak pukul 2 pagi td...masa ni dah nak dekat2 azan maghrib..dukacita dimaklumkan, kena operate lagi!

Aku terasa ada org lempang2 pipi dan ketuk2 kepala sambil panggil2 nama aku, "ish ape kacau org nak tido nih???!!" kata aku dlm hati..sekali operation dah habis daaa....antara sedar dan tak, aku layankan aje ntah ape2 ntah yg staf2 sepital tu dok ckp kat aku..tapi yg pasti, 1 perkara ni jelas sungguh masuk lubang telinga aku. " suhaila, you've got a girl"..MasyaAllah..dgn rasminya, tercapailah hajat kami untuk memiliki anak perempuan pula..sepanjang 9 bulan berteka teki apakah agaknya jantina adik Akmal akhirnya terjawab sudah..hehe..sooo hepy..lps tu aku dibius lg, dan sambung tido balik..

Semasa dlm penantian sebelum diputuskan yg aku kena operate, gelagat2 Akmal lah yg menjadi penghibur aku dan abang..Akmal mcm tau2 aje yg Bubu nya sakit. dia lansung tak buat hal kat sepital. bila lapar, dia makan pastu tido. mmg tido aje kejanya masa tu. Abang pulak tak boleh nak lelapkan mata walaupun berkali2 dicuba. aku? dah tentu ler tak bole nak tido. bila nak lelap aje, sakit contraction tu dtg, huhu..barulah aku tau mcm mane rasanya contraction. dulu masa besalin Akmal, tak sempat rasa contraction sbb emergency case.

5 oktober 2009.. Isnin

Lepas subuh, nurse ajak tgk baby. yeayy!!sukernya!!
Bagi anak perempuan ku susu ibu..

Nampak macam best je post ni, sayang aku nak buang,huhuhu..


   



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...