Sabtu, 23 Januari 2010

Gud Luck !

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikumwarahmatullah..

To our dear AbuAkmal ,

Selamat menempuh minggu peperiksaan. Semoga dapat menjawab soalan dgn tenang dan sesempurna mungkin. All the best! (23, 27, 30 Jan & 1 Feb ) .

Nikmatilah exam terakhir ni. pasni takdok dah peksa2 kat Universiti Islam Madinah lagi, hehe..

From Ibu, Abg Mamal & Adik Wafa.

UmmuAkmal
Hayyu Nasr, Madinah.



Ahad, 10 Januari 2010

No Title

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah hari ni dah pun masuk hari kesepuluh dlm tahun 2010. Tahun yg kami tunggu-tunggu ! Sape-sape yg kahwin hari ni cantik sungguh tarikhnya. Setahun yg lepas kami berangan-angan...masuk je bulan Januari 2010 nak mula berkemas. Dan beberapa hari lepas bagasi2 telah pun dikeluarkan, barang2 yg ntah ape2 dah pun dibuang. Seronoknya bila dah mula mengemas. Terasa aura nak balik makin dekat, hehe..Terlalu awal berkemas?? ohh tentunya tidak bagi bagi aku!! excited giler ni nak balik!!

Sekarang kami tengah dalam urusan nak buat surat beranak Wafa di kedutaan. Makan masa sebulan lebih jugak, so kena buat urusa awal. Lepas surat beranak Wafa siap, boleh la proceed untuk buat passport Akmal dan Wafa pulak. Tapi sebelum buat passport, kena tunggu abang peksa final (mula 23 Jan ni) , dpt result , buat urusan dgn university..huhu banyak sungguh urusan..Allahuma yassir...

Dalam 2, 3 hari ni aku rasa cuaca sejuk sangat2. Memang sekarang tengah musim sejuk, tapi kitaorg still on kipas sebab Akmal berpeluh2 terutamanya kalau tido. Tapi 2,3 hari kebelakangan ni dah kurang bukak kipas sbb sejuk sangat. Bila musim sejuk, perkara yg paling tak best adalah kewujudan lalat dan nyamuk. Musim panas diaorg gi mane ntah, tak nampak batang hidung langsung!Nasib baik la lalat arab ni tak aktif sgt. Senang nak tangkap ! Kadang2 lalat ni suka kacau Wafa tido, kacau Akmal makan. Tu yg aku tak suka tu..

Bulan Desember yg lepas, Wafa dah pun dicucuk untuk yg 2 bulan punya. Wafa gi berdua je dgn Ayah, hehe..Papa Atiyah yg tolong hantarkan. Masa cucuk tu, timbang Wafa sekali. Alhamdulillah berat badan Wafa dah 4.7 kg masa tu. Harap- harap sekarang dah naik lagi..oh ye, berat badan Wafa masa dilahirkan ialah 2.65 kg.

Ok setakat ni aje coretan untuk kali ni. Sebenarnya anak2 ku tak mahu tido, tapi aku mengantuk. Jadi aku pun memblogging la kejap sambil2 tunggu Wafa tido. Alhamdulillah Wafa ni mudah nak jaga. Kalau lampinnya kering dan kenyang menyusu, biarkan je pun takpe. dia akan tertido sendiri selepas penat mengomel,hehe..yg payahnya ialah kalau Akmal tak tido. Memang tak aman le Wafa asyik kena cium2 je dgn Abg Mamal..ni pun aku asyik 'bergaduh' je dgn Akmal sebab dia pun sibuk nak tuis ( tulis ) jugak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...