Ahad, 24 Februari 2013

Rawatan Sakit Sendi - Prolotherapy

Assalamualaikumwarahmatullah..
Bismillah..

Ini kira entry sambungan pergi KL masa cuti tahun baru cina.
Alhamdulillah encik suami aku cakap lutut dia dah beransur pulih dan dia telah mengeluarkan cadangan untuk cucuk lututnya dalam masa beberapa bulan akan datang.

Ini aje gambar yang aku sempat ambil dalam klinik tu. Punyala melopong dengar penjelasan doktor sampai lupa nak snap gambar dalam bilik doktor dan semasa rawatan dijalankan.

Sebenarnya mak mentua aku yang dah pernah dapat rawatan kat sini. Dia mengalami 'slip disc'. Walaupun dah menerima rawatan secara 'laser' yang menelan belanja belasan ribu hengget tapi kaedah rawatan laser tak berkesan nampaknya. Jadi, bila ada opismate dia bagitahu ada rawatan prolotherapy ni, maka dia pun pegilah. Dan alhamdulillah, sakitnya beransur lega..

Mesti buat appointment tau. Wajib! aduhai berderet-deret orang veteren yang nak dapatkan rawatan masa aku pegi haritu. So, sila lah telefon nombor yang tertera dibawah.

Inilah tetamu termuda dalam klinik,hehe


Alamat, nombor telefon dan website

Doktor yang bertanggungjawab merawat..

Untuk lebih jelas..
Wafa suka 'P' . Akmal suka 'T'

Sabtu, 9 Februari 2013

Holiday Melaka-KL

Assalamualaikum
Bismilllah..

Cuti tahun baru cina kali ni kitaorang balik melaka. Tapi sekarang on the way pegi kolumpo. Tujuannya nk mendapatkan rawatan sendi. Kesian ada orang dah lama tak dapat main bola,hehe. Klinik yang kitaorg nk pegi ni area IKEA. So lepas selesai urusan kat klinik bolehla cuci mata dan cuci purse,haha

Banyak perkara yang berlaku dalam masa beberapa ketika aku tak update.

Yang paling sedih,adik aku keguguran. In fact sekarang ni dia tengah dalam proses nak keluarkan janin. Apelah lagi yang boleh dikatakan jika Allah lebih menyayanginya. Innalillahiwainnailaihiraji'un..
Semoga adik aku dan suaminya dapat terima takdir ni dgn redha dan hati yang terbuka. Pastinya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Argh,pening kepala aku menaip dalam keta.okla,babai dulu for now

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...