Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Disember 2012

Cara buat duit di rumah - Edisi Says.com

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Aku bukanlah pakar dalam hal seperti tajuk entry di atas, tapi apa salahnya jika berkongsi kan?

Pertama sekali nak say thousand thanks to cikTom yang memperkenalkan website yang mana kita boleh menjana pendapatan darinya dengan mengikut langkah-langkah mudah seperti yang ada dalam says.com

CARA-CARA UNTUK DAFTAR SAYS.COM

1) Klik  link ini

2) Klik button sign up di bahagian atas sebelah kanan. Isilah ape yang patut kat ruang kosong tu dan hantar.

3) Klik button 'specials' untuk share . Iklan-iklan dalam kategori 'specials' inilah yang akan memberikan ganjaran setiap kali ada pelawat yang klik.

Bila dah buat akaun says nanti, bacalah " Broadcaster's 3 Golden Rules" ya..

Ini bukan cobaan tau! Ciktom sendiri dah menerima bayaran yang ke 5 dari says.

Ok, selamat mencuba.


*** UNTUK PENERANGAN YANG LEBIH JELAS SILA BACA F.A.Q DI BAHAGIAN BAWAH PAGE







Rabu, 5 Disember 2012

Bahan Di dapur kita..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Maklumat oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

Cream of tartar adalah bahan yang terhasil dari jus anggur dalam proses pembuatan arak wine @ keladak didalam tong pemeraman wine.Nama asalnya adalah Potassium bitartrate






Walaupun ada kaedah pemprosesan yang halal, terdapat juga yang ada dipasaran adalah byproduct dari wine dan pastinya hukumnya haram. Bila ada yang halal dan ada yang haram, maka bahan ini adalah syubhah...

Produk ini digunakan di dalam kebanyakan produk bakeri.

Kepada pengusaha produk bakeri, wajib memastikan cream of tartar yang anda gunakan mempunyai pengesahan halal yang sah dan diiktiraf...

Jika dijual dalam bentuk repacked, seperti biasa, minta bungkusan asal dan juga sijil halalnya..

Pastikan halal baru beli :)

Sahabat Halal Jakim.

Ahad, 2 Disember 2012

Stop breastfeeding!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku sangat happy sebab dapat letak ketiga-tiga jenis iklan nuffnag. Sebelum ni dapat buat dua je. Huhuhu...sebenarnya tak paham pun yer jugak..semalam ada buat pembacaan sikit, harini baru sempat nak buat. Kesian aku ketinggalan..

Ibu-ibu yang breastfeed anak janganlah marah yer dengan tajuk aku kali ni. Suspen je! Mari baca dulu .

Dalam perjalanan balik dari Melaka petang tadi, Wafa dengan nada bangga telah mengadu kat ayahnya yang dia dah berhenti nenen (menyusu badan). Sebab ape? Sebab dah 3 hari dia mengendeng-ngendeng minta tapi ibu dia yang garang ni tak bagi. Si Ayah memuji-muji anak perempuan nya dan cakap..bagus adik! Kalau tak berhenti nenen, macam mana nak sekolah? Nanti kawan2 adik ketawakan..Nampaknya Wafa setuju dengan kata2 ayah. Setuju tapi bersyarat. "Adik nak peyuk (peluk) je ibu" kata Wafa. Hai rimas juga Si Ibu dengar syarat Wafa:-) 

Begitulah cara Wafa berhenti menyusu. Taklah susah sangat. Dulu aku fikir macam manalah nak stop nenen kan Wafa. Pening juga. Alhamdulillah genap usia 3 tahun aku memang nekad nak berhentikan dia menyusu.

Anak yang pertama,Akmal, pun tak susah. Memang kena bertindak 'kejam' dan garang dalam sehari dua. Sentiasa cakap tak boleh bila dia minta. Alhamdulillah Akmal berhenti bila aku mengandungkan Wafa. Rasanya masa tu belum genap 2 tahun lagi tapi dek kerana air susu dah takda, maka aku ambil keputusan  berhentikan penyusuan.

Mari berkongsi tips cara halus hentikan penyusuan ibu,,hehe..Aku tegaskan, boleh guna tips ni bila anak dah menyusu genap 2tahun. Tapi kalau anda nak test juga, takda masalah. Mungkin mengambil masa agak lama. Tapi aku lebih selesa cara ni dari letak benda macam2 ,hehe..

1) Sentiasa ingatkan anak yang usianya dah cukup 'besar' untuk menyusu. Malu orang tengok! Kerap cakap macam ni kat anak.Biar dia ada rasa malu nak minta2 terutama dikhalayak ramai.

2) Selalu cakap kat anak yang gigi dia dah penuh. Kata kat dia, kesiannnn ibu sakit adik gigit :-)

3) Kalau anak dalam persediaan nak masuk taska/tadika, cakap kat anak malu nanti dengan kawan2. Kalau kawan2 tau, mesti diaorang gelak. Ini aku selalu beritahu Wafa. InsyaAllah tahun 2013 Wafa akan sekolah tadika kemas,sama dengan sekolah Akmal. Bezanya Akmal sesi pagi, Wafa sesi petang.

4) Yg terakhir, ni korang tak payahla ikut. hehe..Jadi GARANG! cakap NO,NO,NO!!! bila anak merengek2 nak nenen. Ada sedikit kekejaman disitu dan aku selalu kena marah dengan mak aku. Mak aku memamg pantang tengok budak menangis melolong2. Mesti nak bagi ape yang budak tu nak. Tetapi tidak aku.

Bila anak-anak dah bercerai susu, sekarang pening macam mana nak suruh diaorang minum susu guna cawan je, tak payah guna botol. Letih aku mengganti puting botol susu yang asyik koyak digigit anak2 aku. Tips MIL aku senang je. Ajak anak2 ke laut bawak botol susu masing2. Suruh diaorang campak dalam laut. Kemudian bila anak2 cari botol susu, ingatkan diaorang yang botol susu dah di campak ke laut oleh tangan2 mereka sendiri.hehe..Tapi cara ni aku rasa tak mungkin berkesan pada anak2 aku. Mesti anak2 aku ajak pergi kedai beli botol susu baru. Hmm...


Akmal& Wafa main pasir..



Isnin, 26 November 2012

Resolusi 'Asyura 1434

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu lepas semasa aku dan encik suami menidurkan anak2 kami, aku telah membuka topik tentang kerisauan aku terhadap perkembangan Akmal&Wafa. Rasanya kami dah terlalai dalam memberikan perkembangan yang sihat kepada anak2 kesayangan kami ini. Kata abang, alhamdulillah kita sedar, ada orang tak sedar pun dan tak ambil kisah pun tentang ni semua.

Semuanya bermula ketika minggu terakhir persekolan Akmal. Setiap hari Akmal akan bawa balik sejumlah buku latihan dari sekolah. Yelah kan, dah nak habis sekolah, mestilah cikgu nak kosongkan rak2 buku semua. Aku akan semak apa saja buku yang Akmal bawa balik. Dari situ aku dapati, Akmal tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pembelajarannya selama 4jam setiap hari. Ada rasa marah dan kecewa disitu. Tapi lepas buat penilaian, aku pasti semuanya terjadi kerana kesalahan kami.

Jesteru, musim cuti sekolah ini, aku dan abang tidak memberikan cuti kepada Akmal. Setiap hari Akmal perlu menjalani latih tubi &gerak gempur untuk mencapai target yang telah aku tetapkan. Macam nak ambik PMR&SPM.hehehe...taklah seketat itu. Yang penting perlu ada sesi pembelajaran setiap hari dan kurangkan aktiviti menonton tv. Kebetulan pulak akhir-akhir ni aku ada baca blog DarwishnDarwisya . Aku sangat suka dengan pendapat empunya blog, Lina Karim tentang Pengaruh tv tehadap anak2 kita. Banyak yang aku setuju bila baca entry tu.

Harapan aku semoga segala usaha kami ini dipermudahkan Allah. Semoga anak-anak kami menjadi anak soleh solehah...

Apa yang akan anda baca dibawah ni adalah hasil pemikiran kekasih hati aku. Terjumpa kat desktop :-)


RESOLUSI ‘ASYURA 1434

1. Menghalang pengaruh, kesan, budaya serta unsur negatif media dari anak-anak dengan langkah-langkah yang berikut:
i. menghadkan dan mengawal paparan yang boleh dilihat anak-anak kepada hanya yang bermanfaat sahaja.
ii.  menetapkan waktu dan tempoh tertentu di hadapan televisyen bagi mereka.
iii. berhati-hati dengan apa yang ditonton ketika anak-anak berada bersama.
iv. memberi penjelasan tentang sikap, sifat, dan kelakuan negatif yang terlihat di kaca tv mahupun di mana-mana sahaja.
v. membatalkan saluran movie-(ini ditujukan khas untuk aku,hahaha)
vi. mengawal permainan games hanya kepada yang membina sahaja.


2. Memupuk pengaruh, kesan, budaya serta unsur positif kepada anak-anak. Ianya dengan beberapa inisiatif seperti yang berikut:
i. membawa anak ke masjid secara yang  konsisten.
ii. mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dan memantau perkembangan mereka dari masa ke semasa.
iii. membudayakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka.
iv. bergaul dan melayani mereka dengan kebijaksanaan, kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya.

3. Sentiasa bersedia untuk berkorban demi kepentingan, perkembangan kendiri dan masa depan anak-anak.

4. Memperbaiki diri agar menjadi suri teladan kepada anak-anak.

5. Sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT untuk kebaikan, kesejahteraan, kebahagiaan, keselamatan, keberkatan, masa depan anak-anak yang dikasihi.


Ahad, 18 November 2012

Cara simpan brokoli agar segar lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni hari Ahad. Kalau balik Melaka, pagi-pagi lagi mak dan ayah akan pergi pasar borong depan rumah untuk beli stok lauk dan sayur-sayur untuk seminggu. Begitulah rutin mak dan ayah mentua setiap minggu. Mak Melaka sangat rajin orangnya. Sebelum pergi kerja, setiap pagi dia akan menyediakan sarapan dan lauk untuk tengahari. Rajin kan?hehe..

Sebenarnya hari ni aku nak berkongsi tips untuk sayur brokoli. Sebelum aku amalkan tips ni, selalunya brokoli akan cepat bertukar jadi kuning dan tak nampak segar. Bila tak segar, macam tak semangat jer nak masak,hahaha...boleh gitu? yes, alasan semata-mata untuk orang malas!


Sebelum berkongsi tips, mari kita tengok sikit diantara kebaikan makan sayur brokoli ni:

1. Brokoli dapat membantu mencegah kanser.

2. Brokoli dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Bagus bagi mereka yang mengidap diabetis.

3. Warna hijau pekat sayur ni menunjukkan ianya kaya dengan antioksida. Bagus untuk kulit dan mencegah kanser.

4. Brokoli adalah sumber serat yang tinggi. Sangat bagus untuk sistem penghadaman.

Dan banyak lagi sebenarnya khasiat brokoli ni. Anda semua google je, mesti banyak maklumat tentang kebaikan makan brokoli ni.

Ok lah, ni tipsnya:

Masuk air dalam cawan, masukkan brokoli sehingga batangya terendam. Kemudian simpan dalam petiais seperti biasa. Brokoli akan kekal hijau selama seminggu, In sya Allah..

Tips ni aku dah cuba dan terbukti berkesan. Kadang-kadang sampai 2 minggu pun brokoli masih segar. Faktor tahap kesejukan petiais pun menyumbang terhadap cara menyimpan brokoli ni. Tips ni aku dapat masa pergi pasar, ternampak orang jual sayur buat cara ni so aku pun tiru.

Brokoli + butter kemudian panggang.cubalah, sedap...Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...