Memaparkan catatan dengan label Akmal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akmal. Papar semua catatan

Isnin, 7 Januari 2013

Nak Pakai Tudung

 Assalamualaikumwarahmatullah..

Hari ni Wafa menangis waktu bersiap nak ke sekolah. Sebabnya, dia nak pakai tudung tapi aku berkeras cakap tak payah. Tapi akhirnya aku juga yang kalah. Kang dia takmo gi sekolah lagi haru jadiknya.






Sampai sekolah, kawan2 lain dah ke dapur breakfast. Masa tu memang dengar ada sorang budak menangis tapi aku tak pasti yang mana satu. Ramai kan..tiba2 ada seorang perempuan cakap,

"Eh,ko jangan nak mengada2 eh. Aku bukan datuk ko. Kang aku kitai-kitai ko baru tau. Mana rotan ni? Ni kena ada rotan. Dah cepat makan. Jangan ko nak mengada nangis2. 

Gulp! Aku pandang sorang budak perempuan yang tersedu-sedu menangis.

"Kawan2 jom ramai2 ketawakan dia. Tak malu menangis taknak gi sekolah".

La..Tak abis lagi rupanya budak tu kena marah. Kesian dia..Apalah sebenarnya yang terjadi,Allah saje yang tahu..

Lepas dah cium Akmal & Wafa , aku pun bergegas keluar. Tak tahulah ape yang jadik seterusnya..

Pada aku tak wajar budak tu diperlakukan sebegitu rupa. Akmal dulu masa baru2 sekolah, berbulan-bulan menangis. Rasanya itu perkara biasa. Jangankan tadika, anak2 yang masuk darjah 1 pun masih ada yang menangis lagi..Sabar lah wahai ibu bapa..Tak baik malukan anak2 depan orang ramai macam tu..

Sabtu, 5 Januari 2013

Berbaju seragam minggu pertama 2013

Assalamualaikumwarahmatullah
Bismillahirrahmanirrahim..

Bersekolah sudah anak-anakku. 3 hari yang penuh kegembiraan buat Wafa & Akmal. 
Pendaftaran adalah pada 1.1.2013. Ayah mereka yang pergi mendaftarkan. Kalau ikut peraturan macam tahun lepas, Wafa kena sekolah sesi petang tapi cikgu offer Wafa masuk sesi pagi. Aku sangat setuju sebab tak payahla aku ulang alik menghantar mengambik.

Gambar-gambar hari pertama persekolahan 2.1.2013


hepy sebelum ke sekolah 2.1.2013

masam je, taknak gi sekolah 4.1.2012

siap dah!

senyum je Wafa.

Baru lepas breakfast.

Bosan cikgu tak mula ajar. wafa&Akmal ambil buku dan  baca



Hari kedua 3.1.2013, Wafa menangis sebab nak pakai baju sukan macam abang. Hadoi puasla memujuk yang baju sukan tu cikgu akan bagi kemudian. Buat sementara Wafa kena pakai seluar trek dan baju t-shirt putih. Nasib baik tak lama dia menangis, kalau tidak parah juga..

Hari ke 3,Jumaat (4.1.2013)Wafa tak nangis-nangis nak pakai baju cantik macam abangnya sebab dia pun dah rasa cantik bertudung, hehe.."Adik comen(comel) pakai tudung sebab adik kan fomfuan(perempuan)", katanya. Baju Akmal ni sebenarnya dibuat khas untuk sambutan Maulid Nabi tahun lepas. Lepas tu cikgu suruh pakai setiap Jumaat. Tahun ni akan buat baju lain. Sementara belum dapat kain daripada cikgu, kenalah Akmal pakai baju tahun lepas. Nasib baik Akmal tak banyak bunyik,hehe..














Sabtu, 29 Disember 2012

Disember yang ceria!

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera.

Hai semua, ape kabar? harap-harap sihat semuanya..

Untuk bulan terakhir tahun 2012 ni, banyak aktiviti kekeluargaan yang berlangsung. Tambahan ramai yang ambil peluang menghabiskan cuti tahunan dan nak penuhi masa anak2 musim cuti sekolah mereka yang bakal berakhir beberapa hari je lagi..

Wafa akan bersekolah di tabika yang sama dengan Akmal. Cuma sesi jer berlainan. Akmal sekolah pagi, Wafa pulak sesi petang. Aku harap keputusan aku untuk sekolahkan Wafa pada usianya baru mencecah 4 tahun adalah keputusan yang betul. Biar dia belajar bertoleransi. Kat rumah asyik dia aje yang menang kalau bertegang urat dengan abangnya. Akmal pulak selalu je mengalah. Kadang-kadang kesian kat Akmal, takut dgn adik sendiri!hihi..

Pertama: Besday ummi Danial pada 9.12.12



Coklat rasberry cheese cake.

Danial bersama ummi dan ayahnya..


Kedua, bakal dapat anak buah lagi!
InsyaAllah tahun depan, dalam bulan syawal, mak aku akan menimang sorang lagi cucu. Hah hambek kau! tiap2 tahun dapat cucu. InsyaAllah tahun 2014 giliran aku pulak,hehe..
Bukan mak aku je, Mak Melaka jugak bakal menerima cucu ke3, InsyaAllah..
So, aku akan dapat 2 orang anak buah tahun depan. Hoorey!
Aku mendoakan semoga semua baby-baby dalam perut tu membesar dengan sihat dan sempurna, amin..

My sister on her wedding day.
Lagi gambar klik sini

Ketiga, Bowling tournament.
Ini dalah family Melaka bowling tournament. Kali ni ramai peserta, main 3 lane. Untuk lane aku, dengan terjatuhnya 120 pin maka aku jadilah juara, hahaha..Bolehla kan untuk yang main sekali sekala, not bad i guess! :-)
Kami main lepas solat asar. Malam sebelumnya ada kenduri di kampung Telok Gong, Pengkalan Balak. Menu kenduri adalah barbeque style dengan nasi lemak. Ada kambing, ayam, ikan, dan seafood lain. Tapi takda 1 gambar pun yang aku ambik sebab aku kat dapor masak sotong goreng tepung, limited edition,maksudnya, masak untuk diri sendiri.hehe..


Iklan gigi bersama Wafa!
us..

Akmal dengan bola yang dia sendiri tak larat nak angkat!
With few cousins
Dina, Soleha, Muqry


Ahad, 2 Disember 2012

Stop breastfeeding!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku sangat happy sebab dapat letak ketiga-tiga jenis iklan nuffnag. Sebelum ni dapat buat dua je. Huhuhu...sebenarnya tak paham pun yer jugak..semalam ada buat pembacaan sikit, harini baru sempat nak buat. Kesian aku ketinggalan..

Ibu-ibu yang breastfeed anak janganlah marah yer dengan tajuk aku kali ni. Suspen je! Mari baca dulu .

Dalam perjalanan balik dari Melaka petang tadi, Wafa dengan nada bangga telah mengadu kat ayahnya yang dia dah berhenti nenen (menyusu badan). Sebab ape? Sebab dah 3 hari dia mengendeng-ngendeng minta tapi ibu dia yang garang ni tak bagi. Si Ayah memuji-muji anak perempuan nya dan cakap..bagus adik! Kalau tak berhenti nenen, macam mana nak sekolah? Nanti kawan2 adik ketawakan..Nampaknya Wafa setuju dengan kata2 ayah. Setuju tapi bersyarat. "Adik nak peyuk (peluk) je ibu" kata Wafa. Hai rimas juga Si Ibu dengar syarat Wafa:-) 

Begitulah cara Wafa berhenti menyusu. Taklah susah sangat. Dulu aku fikir macam manalah nak stop nenen kan Wafa. Pening juga. Alhamdulillah genap usia 3 tahun aku memang nekad nak berhentikan dia menyusu.

Anak yang pertama,Akmal, pun tak susah. Memang kena bertindak 'kejam' dan garang dalam sehari dua. Sentiasa cakap tak boleh bila dia minta. Alhamdulillah Akmal berhenti bila aku mengandungkan Wafa. Rasanya masa tu belum genap 2 tahun lagi tapi dek kerana air susu dah takda, maka aku ambil keputusan  berhentikan penyusuan.

Mari berkongsi tips cara halus hentikan penyusuan ibu,,hehe..Aku tegaskan, boleh guna tips ni bila anak dah menyusu genap 2tahun. Tapi kalau anda nak test juga, takda masalah. Mungkin mengambil masa agak lama. Tapi aku lebih selesa cara ni dari letak benda macam2 ,hehe..

1) Sentiasa ingatkan anak yang usianya dah cukup 'besar' untuk menyusu. Malu orang tengok! Kerap cakap macam ni kat anak.Biar dia ada rasa malu nak minta2 terutama dikhalayak ramai.

2) Selalu cakap kat anak yang gigi dia dah penuh. Kata kat dia, kesiannnn ibu sakit adik gigit :-)

3) Kalau anak dalam persediaan nak masuk taska/tadika, cakap kat anak malu nanti dengan kawan2. Kalau kawan2 tau, mesti diaorang gelak. Ini aku selalu beritahu Wafa. InsyaAllah tahun 2013 Wafa akan sekolah tadika kemas,sama dengan sekolah Akmal. Bezanya Akmal sesi pagi, Wafa sesi petang.

4) Yg terakhir, ni korang tak payahla ikut. hehe..Jadi GARANG! cakap NO,NO,NO!!! bila anak merengek2 nak nenen. Ada sedikit kekejaman disitu dan aku selalu kena marah dengan mak aku. Mak aku memamg pantang tengok budak menangis melolong2. Mesti nak bagi ape yang budak tu nak. Tetapi tidak aku.

Bila anak-anak dah bercerai susu, sekarang pening macam mana nak suruh diaorang minum susu guna cawan je, tak payah guna botol. Letih aku mengganti puting botol susu yang asyik koyak digigit anak2 aku. Tips MIL aku senang je. Ajak anak2 ke laut bawak botol susu masing2. Suruh diaorang campak dalam laut. Kemudian bila anak2 cari botol susu, ingatkan diaorang yang botol susu dah di campak ke laut oleh tangan2 mereka sendiri.hehe..Tapi cara ni aku rasa tak mungkin berkesan pada anak2 aku. Mesti anak2 aku ajak pergi kedai beli botol susu baru. Hmm...


Akmal& Wafa main pasir..



Khamis, 4 Februari 2010

Penantian satu penyiksaan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullah..
Qul MasyaAllah..













Wafa memakai topi kait yg dihadiahkan oleh acik Ina, jiran umah atas..

Akmal dah potong rambut. Rambut baru untuk balik Malaysia, hehe..

Kepada Maktok & Nenek, sabarlah menanti kami ye..

Kepada keluarga semua, simpan gaji anda bulan depan untuk bawa kami jalan2 makan , hahaha..

Isnin, 28 Disember 2009

Seharian bersama Akmal dan Wafa..



Hmm,bosannya.. nak buat apa eh hr ni?


Mula-mula lakukan senaman ringan dulu..


Eh,Wafa dah bangun la!


Akhirnya ada jugak aktiviti untuk diriku..


Kerjakan Wafa!!!
Wafa:"Lepaskan saya!Lepaskan saya!"

Wafa senyum kegembiraan setelah ditinggalkan tanpa gangguan...


Itulah kisah seharian Akmal dan Wafa. Hari ni happy ending. Kadang-kadang sad ending. Biasanya sad ending dengan tangisan Wafa. Tapi sekali-sekala berkesudahan dengan teriakan Akmal yang mengamuk (if you know what i mean). He3.

Tamat.

Rabu, 2 Disember 2009

Pandangan Akmal








pictures posted by : abu akmal

Isnin, 25 Mei 2009

::. Update Akmal .::

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikumwarahmatullah & salam sejahtera semua...

Dah lame tak cite tentang perkembangan terbaru Akmal, so hari ni terasa nk citelah pasal dia..

Akmal........... 
1) membahasakan dirinya sebagai "MAMAL" sbb tak pandai nak sebut "AKMAL"

2) dah benti breastfeeding (BF) sepenuhnya semasa umurnya 1 tahun 11 bulan..Alhmdulillah Allah mudahkan segalanya..aku bersyukur sgt sbb Akmal benti sendiri(takyah nk pening2 kepala fikir nak letak menda2 yg pahit,hehehe...)masa mula tau yg aku dah mengandung risau jg dok fikir cara camne nak bentikan BF sbb Akmal adalah penghisap susu tegar!hahaha...org2 veteran yg aku tnya sumenya ckp benda yg sama. Budak kalau nyusu sampai 2 tahun mmg susah nak cerai susu!huhu...Alkisahnya pd 1 hari, lepas balik dr check-up,terus mkn tghari..pas rehat2 jap, tiga2 beranak zzzzzz....sampai ke mlm pun akmal tak mintak dan aku pun takdela nk offer..hehe..tp tgh2 mlm masa tido dia terjaga la pulak.aduss! meraung2la nak susu, dan aku sengaja taknak bg (bersifat kejam la pulak masa tu,huhuhu) dia punya melalak, haa...amik ko! dilepuk2nya muka aku, tarik2 rambut dia yg mmg dah sedia sikit tu, berguling2 kat lantai, hentak2 kaki dan bnyk lg la gaya2 budak mengamuk..aku&abang biarkan je walaupum telinga kitaorg mmg dah bingit. last2 dah pnt ngis, tertidola Akmal...sejak dr tu dia tak mintak dah..hehehe

3) tak suka minum susu tepung. susu tin yg kitaorg belikan dia akan mkn mcm tu je..kalau dibancuh, jgn harap ler dia nak minum..mcm2la si Akmal ni..so atas nasihat dr Izah dan Ummu Insyirah aku pun bgla fresh milk yg dlm kotak tu..lg senang keja aku, takyah nak bancuh2..haha

4) suka tido kat mane2 je yg dia suka...haa ni la kes nya kalau dah tak BF. asal ngantuk, terus tido je kat mane2 dia landing..atas lantai, atas basikal..tgh main tembak2 pun leh tersengguk2 kat meja komputer!

5) dah pandai sebut bnyk perkataan, antaranya; 
  • ayah....pergh! jeles giler aku sbb dia lum pnh panggil aku "ibu".asyik mama, mama...sape ntah yg ajar agaknya..
  • kencin, yak....hehe..saja je nk ajar, tapi still pakai pampers lg..
  • kum....ni dia akn sebut bila lps baca doa nak tido atau bila ayah bg salam..mksudnya assalamualaikum..
  • ais....maksudnya air ataupun yes! so kena alert ye ibu...
  • jis jis.....ni bunyi senapang akmal..
  • kak....bukak
  • tutuk....tutup
  • ampu.....lampu
  • cit cit cit....haiwan dlm kumpulan burung
  • kuek kuek....itik
  • amm....makan
  • naum...tido
  • kuh....khubz maksudnya roti
  • tish.....fish
  • 'ain....mata
  • kokot.....biskut
  • haik........naik dan turun
  • kek
  • mmmm...cam maksudnya mmmm yumm! sedap ler makanan tu...
tu jela yg aku ingat masa menaip ni..sebenarnya bnyk lg tapi tak terlintas pulak kat pale masa menaip ni..

6) dah kenal bnyk anggota bdn mcm rambut, tgn kaki, perut, pusat, telinga, pipi, gigi, hidung, mulut tapi yg dia pandai sebut cuma 'ain (mata) je...

7) pandai buat lawak, pandai menjeling (ni antara mimik muka dia yg lawak)suka ikut gerakan2 yg ada dlm tv...contohnya kalau kitaorg tgk tenis dia pun amikla bat pingpong dan buat gerak perlahan cara player tenis tu pukul bola..kalau tgk bola sepak pulak, dia pun mula la menggelecek bola...kalau tgk national geographic, dia pun merangak mcm harimau..pendek kata dia sgt pantas immitate ape yg dia tgk...jd bab tv ni mmg kena amik perhatian.

8) dah kenal dan boleh sebut huruf A, E, G, H, I, K, O, R, S, U dgn betul......huruf Y disebutnya 'way', huruf W disebutnya 'wayway'...huruf jawi pun dah leh sebut sikit2...Aa, Ba, Ta, Tha, Kha,... 'a, Gha,Fa, Qa, Ka,... Ma, Na, Ya...(yg dot dot tu dia takleh sebut, hehe)
 
9) sgt takut pada lipas dan lalat..hehe lintang pukang dia lari kalau nampak serangga ni...kalau encik semut lalu dpn dia, jgn harap la en semut nak selamt..penyek dikerjakan!

10) suka tolong aku sidai baju. kalau aku menyidai baju tu, dia konon2nya tolongla amik baju dr bakul dan bg kat aku...agaknya dlm hati dia kata "sian ibu ni terbongkok2 nak amik baju" hehe..rajin anak ibu...

11) tak senang kalau tgk umah tak berterabur dgn brg mainan dia..hohoho..ni yg selalu buat aku hot nih! tak sampai 5 minit pun kemas, dh berterabur balik...abang ckp kalau kat Malaysia nti, kena ada 1 palyroom, nak teraburkan mainan dlm tu, hah..lantaklah...kalau tak nti ibu darah tinggiiiiii....sbb asyik hottttt aje!hihihi

12) taknak pijak dapur dan masuk bilik air sendiri. maksudnya? kena dukung ler...ni sebab kes pernah terserempak dgn en. lipas ler ni..hehehe

13) mintak garu belakang bdn bila nak tido...masalahnya kdg2 sampai lenguh tgn aku menggaru, tp dia tak tido pun...bila ayah garu dia tak suka pulak sbb ayah takde kuku! hahaha...

14) sgt takut kalau abang tinggikan suara pd dia...haa...mintak ibu peluk sbb takut.tula sape suh nakal2, kan ayah dah marah..hehe

oklah..tu aje kot buat masa ni..Akmal pun dah bgn. nak bg dia sarapan khubz dgn jem strawbery..pastu aku nk masak sbb dah dekat pukul 10 pg rupanya...
Hai....bilalah aku nak jawab tag Dr. Izah ni..hehe..insyaAllah nti ye Izah...

Sabtu, 9 Mei 2009

::. Akmal...2 .::

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Lepas babai en. Hubby gi kuliah td..aku mmg bercadang nak sambung tido..lagipun Akmal tgh nyenyak tu...mmg aku selalu amik peluang untuk rehat kalau Akmal tido..hehe...tapi tetiba perut aku sakit sbb kelaparan..jadi aku dgn malasnya bangunla panaskan susu dan sapu jem kat roti..tak berani nak buat tak tau aje sbb mlm td dah muntah2 sbb lambat mkn..huhu...sambil mkn, aku teringat kat blog Cetusan yg dh lama takde perkembangan ni..

Pada 1 Mei yg lepas, telah genaplah 2tahun umor Akmal kesayangan kami..terasa waktu pantas berlalu..kejap aje rasanya Akmal dah besar..dah bole suruh mcm2..hehe..pendek kata selalu la Akmal kena buli mintak tolong amik itu dan ini..hehe

Ayah dan Ibu mendoakan semoga Allah memberikan Akmal kesihatan yg baik,membesar jd budak bijak, jadi anak soleh dan jgn nakal2..

Dibawah adalah sebahagian dari gambar Akmal potong kek..

testing buah ceri..

parang siap diasah untuk sembelih kek..haha

kek telah ditikam oleh besday boy..

mcm gini lah rupa Akmal potong kek besday dia..
tikam kat tgh dulu..ish..ish..

time to eat...yumm!!

kenapa lama tak update blog?
**************************
Soalan cepumas yg ramai dok tnya2..hehe...ya!dah lama tak online dan dah lama tak cite ape2 dlm blog..

Memang kadangkala terbit rasa bersalah dihati kerana ada yg bertanya sedemikian..selalu juga aku tgk traffik pengunjung dlm blog tu..ada juga yg sudi dtg tgk kalau2 aku dah update...tapi apakan daya..tahap kesihatan tak mengizinkan aku untuk duduk lama2 didepan komputer ni..terutamanya kepala. Maaf ku pohon dari anda semua. Ntah ape sebabnya kepala akan sakit berdenyut2 jika terlalu lama mengadap komputer. Mmg sudah lama aku tau aku takleh duduk dpn komputer lama2..tapi ni cuma 5 atau 10 minit pun sudah cukup untuk membuat kepala aku sakit, dan kalau bole hilang sakit tu dlm sejam dua takpela jugak..tapi kadang2 amik masa 2 hari baru hilang..huhu..sgt kesian aku..sangat jeles dgn abang yg boleh mengadap internet berjam2..tak aci betul!!hehe..

Itu adalah salah satu sebab...
Sebab yg lain adalah kerana bulan Jan, Feb, Mac, dan juga April aku sedang mabuk kepayang..hehe...InsyaAllah dlm awal bulan Oktober nanti Akmal bakal begelar 'abg long'..terima kasih kepada keluarga dan sahabat di Malaysia, dan juga sahabat di Madinah ni yg selalu bertanya khabar...diharapkan kalian mendoakan kesihatan aku, baby dan kami sekeluarga..Aku rasa kali ni agak lama aku morning sickness. sampai skrg pun aku masih rase nak uwek2 lg kalau tak kena gaya..tapi alhmdulillah..walaupun rase nak muntah,takde makanan yg keluar...pendek kata, boleh makan belaka! hehe..tak mcm waktu mengandungkan Akmal dulu, aku tak boleh mkn sotong. Mkn aje mesti kuar balik..

Bulan kedua dan ketiga aku rasa mencabar sgt2...dgn badan aku yg lemah2 sbb letih, pastu Akmal menyusu badan lagi, pastu aku tak boleh bau dapo, bau org masak2..eiiii...mmg rase nak nangis aje..huhu..nasib baiklah abang ni penyabar...layankan aje perangai aku yg ntah ape2 masa tu..hehe..kalau kat Malaysia, tak boleh bau org menumis bawang, bole la jugak nak pecut lari cari fresh air, tapi kat sini...aduhai...kemanala aku nak lari...tahankan ajela...Ntahla ek...org yg tak pernah mengandung mesti tak boleh nak paham..org mengandung yg takde alahan juga mesti tak boleh nak paham...Alhamdulillah masuk bulan April aku dah boleh masuk opis (dapur) semula...hehe..walaupun sebelum start masak tu aku kena ngadap sinki 5minit,hehe...tapi dah boleh handle bau tumisan bawang...tersangatlah suka hatiku..

Oklah, itu sahaja rasanya untuk kali ni..sebab kepala aku dah mula ada tanda2 nak sakit ni..mata pun dah pedih..Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...