Isnin, 7 Januari 2013

Nak Pakai Tudung

 Assalamualaikumwarahmatullah..

Hari ni Wafa menangis waktu bersiap nak ke sekolah. Sebabnya, dia nak pakai tudung tapi aku berkeras cakap tak payah. Tapi akhirnya aku juga yang kalah. Kang dia takmo gi sekolah lagi haru jadiknya.






Sampai sekolah, kawan2 lain dah ke dapur breakfast. Masa tu memang dengar ada sorang budak menangis tapi aku tak pasti yang mana satu. Ramai kan..tiba2 ada seorang perempuan cakap,

"Eh,ko jangan nak mengada2 eh. Aku bukan datuk ko. Kang aku kitai-kitai ko baru tau. Mana rotan ni? Ni kena ada rotan. Dah cepat makan. Jangan ko nak mengada nangis2. 

Gulp! Aku pandang sorang budak perempuan yang tersedu-sedu menangis.

"Kawan2 jom ramai2 ketawakan dia. Tak malu menangis taknak gi sekolah".

La..Tak abis lagi rupanya budak tu kena marah. Kesian dia..Apalah sebenarnya yang terjadi,Allah saje yang tahu..

Lepas dah cium Akmal & Wafa , aku pun bergegas keluar. Tak tahulah ape yang jadik seterusnya..

Pada aku tak wajar budak tu diperlakukan sebegitu rupa. Akmal dulu masa baru2 sekolah, berbulan-bulan menangis. Rasanya itu perkara biasa. Jangankan tadika, anak2 yang masuk darjah 1 pun masih ada yang menangis lagi..Sabar lah wahai ibu bapa..Tak baik malukan anak2 depan orang ramai macam tu..

1 ulasan:

Afne berkata...

salam ummuakamal, awak cuba contact no ni kak azimah @ 019-9408573

ada dlm entry ni http://noorafne.blogspot.com/2012/04/apartment-untuk-disewa-di-cameron.html

harap dpt membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...