Sabtu, 5 Januari 2013

Bertukar angin

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullah..

Setiap bulan bab-bab belanja keperluan rumah,aku yang uruskan. Aku suka buat senarai barang-barang yang nak dibeli. Amalan ni bukan aku amalkan setelah berkahwin. Malahan,sebelum kahwin lagi aku memang suka buat senarai barang untuk dibeli.

Pada pendapat aku,amalan buat senarai barang belanja sangat bagus. Selain aku boleh pastikan barang ape yang rumah aku perlukan setiap bulan, aku juga dapat memastikan berapakah jumlah yang diperlukan untuk setiap jenis barang-barang keperluan tersebut. Dengan cara begini, arus keluar duit untuk belanja rumah setiap bulan dapat diuruskan dengan baik.

Tidak dapat dinafikan,kadangkala bajet bulanan untuk barang dapur tidak menepati seperti apa yang telah kami rancangkan. Namun perkara tersebut bukanlah berlaku setiap bulan dan bukanlah dalam jumlah yang besar. Ianya dapat diatasi dengan sedikit tabungan yang kami lakukan setiap bulan. Meskipun jumlahnya hanyalah RM10 sebulan,anda akan kagum dengan kuasanya mengurangan 'kesesakan' yang anda hadapi.

Hahaha...panjanglah pulak membebel aku ni. Sebenarnya nak cite aktiviti ahad lepas. Ni dah sabtu, dah seminggu pun.Walaupun dah agak basi tapi aku tak kira. Nak tulis jugak!

Bosan dah dengan tempat shoping barang dapur kat Johor Bahru ni. Dengan tak agak2 aku ajak en.suami ku pergi Kulai. Nasib baik dia setuju,shoping di Maiden. "Mengapa bayar lebih?Belilah dengan harga borong" setuju tak?hehe..

Sampi je,tokojut den nampak banyak kereta parking tepi jalan. Biar betul? Takkanlah takda tempat khas parking kereta? Rupanya ada. Atas bangunan.

Seronok tolak troli ni sebenarnya. Terapi jiwa.

Bermula dengan boikot barangan Israel, Banyak senarai yang aku perlu tukar. Bukan tukar barang, just tukar jenama..Paling mencabar ialah jenama Nestle. Pergh selama ni banyak betul makanan yang aku beli dari jenama ni, Allahuakbar..Milo, nescafe pun kena tukar pada brand lain.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...