Sabtu, 19 Januari 2013

Rancang Family trip

Assalamualaikumwarahmatullah

Bismillah..

" I'm at Singapore's soil now " kata encik suamiku.
Harini kunun-kunun dia pegi out station lah. Walaupun taklah jauh mana pun tapi langkah keluar dari Malaysia jugaklah kan,hehe..

Dan aku seronok dengar 'report' dia tadi. Kecekapan, teknologi terkini, cara bekerja yang bersistem, kepantasan menguruskan kontena. Patutlah port singapore tu antara yang terbaik dan menang macam2 awards. Boleh tengok sini .

Ada satu beg cenderahati dari JURONG PORT OF SINGAPORE. Isinya nantilah aku upload gambarnya. Sekarang dah bergelap rumah aku ni. Semua dah tido. Aku lak cerah je mata ni takmo tido.

Bila tengok last date aku post entry, baru perasan dah lama jugak tak update. ada je menda yang nak di cite tapi kadang-kadang macam malas nak ngadap laptop. boleh gitu,haha..

Akmal dan Wafa ke sekolah macam biasa. Aku dah tak hantar diaorang sampai dapur untuk breakfast macam yang aku buat beberapa minggu sejak sekolah mula. Alhamdulillah takde tangisan sedu sedan. Lepas dah salam, cium dan pesan suh belajar rajin2 , terus aku balik rumah. Tapi setiap hari Akmal akan pesan supaya aku datang ambil cepat. Hari-hari okey! Belum pernah missed lagi. Ini semua gara- gara 1 kali aku terlambat ambik dia. Tahun lepas punya citer. Tertido! Hahaha..Nasib baik rumah dekat je. 2minit dah sampai. Mana tak tertido. dia balik 4.30 petang. Konon-konon aku nak baring luruskan pinggang, tapi tak sangka boleh tertido.

Telah berlaku satu insiden lucu ke atas Wafa. Hari Khamis minggu lepas. Dalam pukul 10 lebih (pagi) aku dengar ada orang call. Tapi aku tak boleh nak jawab sebab pakai glove. Tengah cuci tandas. Kenapa eh? entah, tapi aku memang dah biasa sental toilet mesti nak pakai glove. Aku kalau cuci tandas memang lama. Setengah jam paling cepatlah tu. Haha..45 minit lepas tu, lepas dah siap semua, aku baru teringat nak tengok saperla yang call tadi. Tapi nampak ada sms. Haa?? Bulat bijik mata aku baca. Wafa terkucil sudaa..so cikgu dia tadi call nak suruh bawak seluar ganti. Maka aku pun bergegas pi hantaq seluar kat Wafa. Cikgu tak buka pintu besar2 pun, maksudnya tak payah masukla. Dah bagi seluar aku pun balik. On the way naik tangga balik rumah baru aku teringat yang pagi tu Wafa dah terlebih minum air. Sebelum pegi sekolah dah order sebotol air coklat. Masa breakfast minum lagi setengah gelas air coklat. Penyudahnya mulai insiden tu, aku tak bagi dia minum air kat rumah. Bangun pagi, mandi, siap2, terus ke sekolah. Sarapan kat sekolah je.

Aku seronok tengok baju anak2 aku comot. Ha, pelik tak?? sebab aku tau kalau comot dengan makanan maksudnya bersungguh ler makan kat sekolah tadi. Kalau comot dengan water colour, maksudnya anak2 aku enjoy belajar on that day. 

Hish, ape kaitannya tajuk dengan entry aku? takde kaitan kan. Ha ah memang takde pon. Cumanya sebelum aku membebel ni, aku tengah cari penginapan untuk family trip insyaAllah dalam bulan April nanti. Hahaha suka hati jer buat tajuk takde kena mengena..Susah juga jadi penganjur ni ek? Tapi takpelah. Demi mengukuhkan ikatan kasih sayang sedia ada..

ok semua, selamat malam. Thanks pada anda yang sudi singgah. 
Haa..hujan sudah. Tido time hujan memang satu nikmat yang tak patut ditolak.hehe..
Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...