Selasa, 27 November 2012

Jualan Buku Hebat Pada Harga Hebat!!

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera.

Kali ni aku nak promosikan jualan buku-buku terpilih pada harga runtuh!!!
                             Kepada pencinta dan ulat buku, rebutlah peluang keemasan ini!!
             Jika bukan untuk simpanan peribadi, jadikan lah ia sebagai buah tangan atau cenderahati.                
                              Terdapat banyak pilihan bahan bacaan untuk anda dan anak-anak anda.
                  
                       Lebih berbaloi jika anda menjadi ahli VIP hanya dengan belian RM15 dan keatas
Lawatilah laman AdikBijak.com



Isnin, 26 November 2012

Resolusi 'Asyura 1434

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu lepas semasa aku dan encik suami menidurkan anak2 kami, aku telah membuka topik tentang kerisauan aku terhadap perkembangan Akmal&Wafa. Rasanya kami dah terlalai dalam memberikan perkembangan yang sihat kepada anak2 kesayangan kami ini. Kata abang, alhamdulillah kita sedar, ada orang tak sedar pun dan tak ambil kisah pun tentang ni semua.

Semuanya bermula ketika minggu terakhir persekolan Akmal. Setiap hari Akmal akan bawa balik sejumlah buku latihan dari sekolah. Yelah kan, dah nak habis sekolah, mestilah cikgu nak kosongkan rak2 buku semua. Aku akan semak apa saja buku yang Akmal bawa balik. Dari situ aku dapati, Akmal tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pembelajarannya selama 4jam setiap hari. Ada rasa marah dan kecewa disitu. Tapi lepas buat penilaian, aku pasti semuanya terjadi kerana kesalahan kami.

Jesteru, musim cuti sekolah ini, aku dan abang tidak memberikan cuti kepada Akmal. Setiap hari Akmal perlu menjalani latih tubi &gerak gempur untuk mencapai target yang telah aku tetapkan. Macam nak ambik PMR&SPM.hehehe...taklah seketat itu. Yang penting perlu ada sesi pembelajaran setiap hari dan kurangkan aktiviti menonton tv. Kebetulan pulak akhir-akhir ni aku ada baca blog DarwishnDarwisya . Aku sangat suka dengan pendapat empunya blog, Lina Karim tentang Pengaruh tv tehadap anak2 kita. Banyak yang aku setuju bila baca entry tu.

Harapan aku semoga segala usaha kami ini dipermudahkan Allah. Semoga anak-anak kami menjadi anak soleh solehah...

Apa yang akan anda baca dibawah ni adalah hasil pemikiran kekasih hati aku. Terjumpa kat desktop :-)


RESOLUSI ‘ASYURA 1434

1. Menghalang pengaruh, kesan, budaya serta unsur negatif media dari anak-anak dengan langkah-langkah yang berikut:
i. menghadkan dan mengawal paparan yang boleh dilihat anak-anak kepada hanya yang bermanfaat sahaja.
ii.  menetapkan waktu dan tempoh tertentu di hadapan televisyen bagi mereka.
iii. berhati-hati dengan apa yang ditonton ketika anak-anak berada bersama.
iv. memberi penjelasan tentang sikap, sifat, dan kelakuan negatif yang terlihat di kaca tv mahupun di mana-mana sahaja.
v. membatalkan saluran movie-(ini ditujukan khas untuk aku,hahaha)
vi. mengawal permainan games hanya kepada yang membina sahaja.


2. Memupuk pengaruh, kesan, budaya serta unsur positif kepada anak-anak. Ianya dengan beberapa inisiatif seperti yang berikut:
i. membawa anak ke masjid secara yang  konsisten.
ii. mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dan memantau perkembangan mereka dari masa ke semasa.
iii. membudayakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka.
iv. bergaul dan melayani mereka dengan kebijaksanaan, kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya.

3. Sentiasa bersedia untuk berkorban demi kepentingan, perkembangan kendiri dan masa depan anak-anak.

4. Memperbaiki diri agar menjadi suri teladan kepada anak-anak.

5. Sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT untuk kebaikan, kesejahteraan, kebahagiaan, keselamatan, keberkatan, masa depan anak-anak yang dikasihi.


Ahad, 25 November 2012

Boikot Produk Israel- Sejauh mana pendirian anda?

Teruskan berdoa..

Cuba mulakan kempen boikot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Persoalannya: Kenapa boikot? Produk apa? sampai bila?

Cuba kita tanya diri sendiri sejauh mana pendirian kita.

Apakah bila Israel mengganas kita mula boikot, lepas tu bila dah reda, kita pun lupa tentang boikot. Ini aku namakan boikot bermusim.

Aku menyeru diri sendiri dan sahabat pembaca semua supaya kita cuba untuk tidak menggunakan produk yang menyumbang kepada tabung Israel untuk membeli senjata yang canggih dan mahal. Kita semua sedar yang senjata canggih itu digunakan untuk mengebom, menembak,mencederakan dan membunuh saudara kita di Palestin. 

Semoga usaha kita yang kecil ini membawa perubahan  besar kepada mereka yang ditindas di Palestin.
Teruskan berdoa untuk mereka, teruskan menyumbang wahai sahabat.

Ahad, 18 November 2012

Cara simpan brokoli agar segar lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni hari Ahad. Kalau balik Melaka, pagi-pagi lagi mak dan ayah akan pergi pasar borong depan rumah untuk beli stok lauk dan sayur-sayur untuk seminggu. Begitulah rutin mak dan ayah mentua setiap minggu. Mak Melaka sangat rajin orangnya. Sebelum pergi kerja, setiap pagi dia akan menyediakan sarapan dan lauk untuk tengahari. Rajin kan?hehe..

Sebenarnya hari ni aku nak berkongsi tips untuk sayur brokoli. Sebelum aku amalkan tips ni, selalunya brokoli akan cepat bertukar jadi kuning dan tak nampak segar. Bila tak segar, macam tak semangat jer nak masak,hahaha...boleh gitu? yes, alasan semata-mata untuk orang malas!


Sebelum berkongsi tips, mari kita tengok sikit diantara kebaikan makan sayur brokoli ni:

1. Brokoli dapat membantu mencegah kanser.

2. Brokoli dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Bagus bagi mereka yang mengidap diabetis.

3. Warna hijau pekat sayur ni menunjukkan ianya kaya dengan antioksida. Bagus untuk kulit dan mencegah kanser.

4. Brokoli adalah sumber serat yang tinggi. Sangat bagus untuk sistem penghadaman.

Dan banyak lagi sebenarnya khasiat brokoli ni. Anda semua google je, mesti banyak maklumat tentang kebaikan makan brokoli ni.

Ok lah, ni tipsnya:

Masuk air dalam cawan, masukkan brokoli sehingga batangya terendam. Kemudian simpan dalam petiais seperti biasa. Brokoli akan kekal hijau selama seminggu, In sya Allah..

Tips ni aku dah cuba dan terbukti berkesan. Kadang-kadang sampai 2 minggu pun brokoli masih segar. Faktor tahap kesejukan petiais pun menyumbang terhadap cara menyimpan brokoli ni. Tips ni aku dapat masa pergi pasar, ternampak orang jual sayur buat cara ni so aku pun tiru.

Brokoli + butter kemudian panggang.cubalah, sedap...Selamat mencuba.

Rabu, 7 November 2012

Kerisauan Seorang Ibu

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera.
Aku doakan semoga semua sihat sejahtera.

Alhamdulillah kenduri 'cukur jambul' anak buah kesayangan aku, Muhammad Danial Luqman telah berjalan dengan baik. Apatah lagi dengan adanya khidmat katering, bertambah rilek la kami adik beradik. Kalau masak sendiri, lepas habis majlis semua tumbang dek kepenatan, macam kena tembak! hahaha..kenapa panggil 'cukur jambul' ?aku pun tak tahu jawapannya..

Setiap kali dapat berkumpul 8 beradik, rumah emak abah aku pasti riuh. Masing-masing ada je modal nak buat lawak. Macam ada stand up comedian contest pulak. Tukang merapu dan menyampuk pun boleh tahan. Kalau berkumpul ramai-ramai, memang macam tulah gayanya kan..sangat seronok.

SIL aku adalah seorang pengusaha TADIKA GENIUS AULAD. Dulu dia jadi cikgu, sekarang dia dah ada 2 cawangan. Tahniah untuknya dan alhamdulillah atas kejayaan menjadi usahawan. Apa yang aku nak kongsikan adalah, setiap kali berkumpul, dia pasti akan ceritakan pengalamannya, terutamanya tentang perangai budak-budak di tadika. Tapi yang paling seronok kalau dengar cerita tentang mak bapak budak-budak. Macam-macam dan kadang-kadang hampir tak percaya dengan perangai "orang banyak duit".

Selalu jugak aku tanya dia soalan yang berkaitan dengan anak-anak ni. Antaranya, macam mana nak bagi kanak-kanak cepat pandai membaca. Yelah, ibu bapa mana yang tak mahu anaknya cepat membaca kan? aku pun tergolong dalam kelompok itu juga. SIL aku cakap, jangan risaulah kalau Akmal tak pandai membaca. Sebab katanya mengikut pengalaman dia ,budak-budak ni belum sampai masa je lagi. Bila dah sampai masanya, tiba-tiba je dah tau mengeja dan membaca. Tapi kena sentiasa pantau perkembangan pelajaran dia. Aku bukan ape, jadi risau sebab pernah tengok filem lakonan Amir Khan berjudul Tare Zhameen Phar. 

Azam aku, cuti sekolah ni Akmal akan pandai membaca! InsyaAllah..

Aku ada beli set buku siri cepat membaca di AdikBijak. Harap2nya dapat membantu sedikit sebanyak,InsyaAllah. Anda semua jomla shopping buku kat AdikBijak. Macam-Macam buku yang bermanfaat ada.

Jumaat, 2 November 2012

Tiket Kanak- Kanak Percuma ke Legoland

Assalamualaikumwarahmatullah..
Bersempena cuti sekolah yang bakal menjelang, aku nak kongsikan 1 berita ni. Mungkin ramai yang dah tau tapi mesti ramai juga yang belum tau. so share2 lah ye..sharing is caring, hehe..
sila klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...