Selasa, 28 Oktober 2014

Beli Al Quran dengan panduan Waqf & Ibtida


Bismillah..


Al-Quran Al-Karim Dgn Panduan Waqaf & Ibtida' (Saiz Kecil - Merah)
(Saiz Lebih Kecil & Ringan)
  • Kod Produk: TB0164
  • ISBN: 955-505-630-028-0
  • Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM55.00
  • Harga Ahli VIP: RM50.00 (BP: 15.00)
  • Berat:  800 g
  • Kesesuaian Usia:  Umum

Sila klik pautan ini untuk pembelian.

  • "ALANGKAH baiknya jika terdapat sebuah al-Quran yang dapat memberi panduan untuk seseorang itu memberhentikan bacaan (wakaf) dan memulakan bacaan (ibtida’) pada ayat-ayat yang panjang yang tidak terdapat tanda-tanda wakaf."


  • Alhamdulillah... naskah al-Quran yang dinanti kini telah tiba. Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida' merupakan satu panduan waqaf(memberhentikan bacaan) dan ibtida' (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan yang pertama seumpamanya di dunia.

    Keistimewaan naskah al-Quran ini adalah menggunakan warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca memberhentikan bacaan dan memulakan semula bacaan dengan tepat dan sempurnaNaskah ini tidak sesekali merubah tanda-tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu lebih baik dan lebih diutamakan.
    Namun jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.



    Solusi kepada masalah kita…

    • Kurang kemahiran dalam menentukan tempat untuk waqaf dan bermula semula (ibtida’)
    • Mempunyai nafas yang pendek dan tidak dapat membaca ayat-ayat yang panjang
    • Selalu tertanya-tanya, “Ustaz mana nak berhenti?” atau “Ustaz nak mula dari mana ye?

    Naskah al-Quran ini menggunakan warna: MerahHijau dan Biru, di mana bagi warna merah, seseorang itu boleh berhenti pada akhir ayat yang berwarna merah dan memulakan ayat pada awal perkataan yang berwarna merah. Begitu juga dengan warna hijau di mana seseorang itu boleh berhenti pada akhir perkataan yang berwarna hijau dan memulakan bacaan pada awal perkataan yang berwarna hijau. Manakala warna biru pula seseorang itu boleh berhenti pada perkataan yang berwarna biru dan memulakan bacaan pada perkataan selepasnya tanpa mengulang kembali perkataan yang berwarna biru.
    Dapatkan naskah al-Quran ini hari ini juga bagi membantu anda dalam membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik terutamanya dalam menentukan di mana hendak berhenti... dan di mana hendak dimulakan kembali. InsyaAllah.

Sila klik pautan ini untuk pembelian

~ Perkara hebat yang selalu kita terlepas pandang ~

Assalamualaikumwarahmatullah..
Allahummasalli'ala Muhammad..

Apa perkara hebat tu?

Perkara yang aku maksudkan adalah 'ISTIGHFAR'.

Perkara yang kita semua terlepas pandang. Kenapa? Sebab kita ( termasuk aku) tak tahu apa kelebihan disebalik perbuatan memohon ampun pada Allah. Kita tahu kita tak tahu, dan tak pulak berusaha untuk mengambil tahu. Kalaupun kita dah tahu, kita anggap perkara tu perkara biasa-biasa je sebab takde penghayatan. 

Orang yang beragama Islam memang ramai, tapi berapa ramai yang menghayati Islam itu sendiri?

Tak payah pegi jauh-jauh, mulakan dengan diri sendiri.

Aku sertakan link tentang kelebihan istighfar. Cuba kita sama-sama luangkan sikit masa untuk saham akhirat kita. InsyaAllah..



Kongsi Cerita:
Ada kenalan yang telah berkahwin beberapa tahun (tak ingat dah sebab dah lama) tapi mereka tidak dikurniakan zuriat. Seperti pasangan lain mereka juga dah berikhtiar sedaya upaya.Dari segi kesihatan pasangan tersebut ternyata tidak ada apa-apa masalah. Ye memang rezeki anak itu Allah yang tentukan, namun kita juga perlulah berusaha. 
Semasa kenalan aku mengandung aku ada pergi ke rumah dia , berbual-bual. Entah macam mana boleh masuk topik antara usaha yang dilakukan oleh kenalan aku tu. Kuncinya adalah istiqamah (berterusan) dan sabar...
Antaranya adalah amalkan pemakanan sunnah, berbekam dan sentiasa BERISTIGHFAR.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...