Isnin, 8 Mac 2010

Noktah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Hari terakhir di Madinah..
Hari yg menyedihkan..
Juga hari yg ditunggu2 selama ni..

Malam td sempat pergi ke Masjid Nabi, mengambil peluang terakhir sementara masih ada..amik2 gamba sikit sebagai kenangan terutamanya untuk Wafa. Akmal dh tak kisah nak bergambo sebab dia lebih risaukan belalang2 yg melompat2.

InsyaAllah flight kami dari Madinah dijadualkan pd pukul 9.45 malam.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam, mungkin ada transit selama sejam dua. harapnya anak2 ku takdalah yg meragam..

terima kasih kepada semua yg terlibat, samada di Madinah, Malaysia dan dimana saja anda berada. Allah jualah yg akan membalas jasa baik kalian itu.

Doakan kami selamat dlm perjalanan dan selamat sampai ke tanahair terchinta. InsyaAllah sekitar tengahari pada hari selasa 9hb Mac, akan berlakulah jejak kasih di KLIA. hihihi..

oklah, nak selesaikan packing baki2 barang yg tak siap lg..
ma'assalamah..

UmmuAkmal

Ahad, 7 Mac 2010

Saki Baki

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

5 Oktober 2006

Hari pertama menjejakkan kaki di bumi suci madinah..
Udara..Suasana..semuanya berlainan.
Disinilah kehidupanku yg akan datang.
bersama baby kami, InsyaAllah.
Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami,
Amin..

~ from my 2006 diary ~
...

Seminggu kebelakangan ini terasa amat2 letih mengemas barang2. Harus buat list barang2 yg naka dibawak balik sebab kalau tertinggal, alamatnya melopong ajelah..bukan murah yer tuan2 dan puan2 tiket nak ke sini,huhu..

Begasi2 yg penuh muatan baju dah hampir 95% siap. ada seround lagi nak basuh ni. dah namanya ada budak2 dlm umah kan..kena basuh baju banyak kali ler gamaknyer. Sekarang aku rasa semput dan susah nak bernafas. Ni mesti penangan habuk2 yg dok menyorok selama ni, hehe..

Rasa sedih nak tinggalkan rumah ni. Rumah yg menyaksikan kelahiran putera dan puteriku, gelak tawa Akmal, jatuh bangunnya. Dan tak lupa jugak jeritannya jika arahan si bos kecik ni tak dituruti. Ha jgn main2, dah pandaikan keluarkan arahan lagik!! Aku masih ingat lagi kat mana Akmal mula2 berdiri tanpa bantuan. Masih segar lagi ingatan kat mana Akmal jatuh dari tilam. Dlm rumah inilah juga Akmal dan Wafa menjerit2 bermain, ntah bahasa apa dua beradik ni berkomunikasi, aku pun tak pasti. Yg pastinya Wafa sgt2 hepy kalau Akmal yg buat lawak. Sampaikan kadang2 kalau Akmal nangis pun Wafa anggap abangnya tu tgh buat lawak. Pendek kata, setiap inci rumah ni penuh dgn kenangan.

Alhamdulillah urusan untuk balik telah kami usahakan sedaya mungkin. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami. Abang telah berusaha sedaya upaya bagi memastikan kami sekeluarga dapat balik dengan selamat. Dlm masa 3 minggu kebelakangan ni boleh nak dikatakan tiap2 hari dia kuar ke hulu ke hilir buat urusan. Semoga Allah memberkati segala titik peluh dan penat lelahnya itu. (walaupun sebenarnya takdak peluh pun,hihi. ) Jazakallahukhair Abang..

Esok, seawal mungkin kami akan ke mator (airport). Tidak tahu apakah yg telah Allah rencanakan untuk kami, makanya berada di mator seawal mungkin adalah keputusan terbaik yg kami dapat fikirkan. Jika ada urusan yg perlu diselesaikan, harap2 dapat diselesaikan dgn lancar. Sangat menyulitkan jika urusan tak dpt selesai sebelum zohor, sebab opis2 sume tutup. Aku pun tak paham kenapa kat sini opis hour cuma 8 pagi- zohor je..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...