Sabtu, 5 Januari 2013

Berbaju seragam minggu pertama 2013

Assalamualaikumwarahmatullah
Bismillahirrahmanirrahim..

Bersekolah sudah anak-anakku. 3 hari yang penuh kegembiraan buat Wafa & Akmal. 
Pendaftaran adalah pada 1.1.2013. Ayah mereka yang pergi mendaftarkan. Kalau ikut peraturan macam tahun lepas, Wafa kena sekolah sesi petang tapi cikgu offer Wafa masuk sesi pagi. Aku sangat setuju sebab tak payahla aku ulang alik menghantar mengambik.

Gambar-gambar hari pertama persekolahan 2.1.2013


hepy sebelum ke sekolah 2.1.2013

masam je, taknak gi sekolah 4.1.2012

siap dah!

senyum je Wafa.

Baru lepas breakfast.

Bosan cikgu tak mula ajar. wafa&Akmal ambil buku dan  baca



Hari kedua 3.1.2013, Wafa menangis sebab nak pakai baju sukan macam abang. Hadoi puasla memujuk yang baju sukan tu cikgu akan bagi kemudian. Buat sementara Wafa kena pakai seluar trek dan baju t-shirt putih. Nasib baik tak lama dia menangis, kalau tidak parah juga..

Hari ke 3,Jumaat (4.1.2013)Wafa tak nangis-nangis nak pakai baju cantik macam abangnya sebab dia pun dah rasa cantik bertudung, hehe.."Adik comen(comel) pakai tudung sebab adik kan fomfuan(perempuan)", katanya. Baju Akmal ni sebenarnya dibuat khas untuk sambutan Maulid Nabi tahun lepas. Lepas tu cikgu suruh pakai setiap Jumaat. Tahun ni akan buat baju lain. Sementara belum dapat kain daripada cikgu, kenalah Akmal pakai baju tahun lepas. Nasib baik Akmal tak banyak bunyik,hehe..














Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...