Sabtu, 29 Disember 2012

Disember yang ceria!

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera.

Hai semua, ape kabar? harap-harap sihat semuanya..

Untuk bulan terakhir tahun 2012 ni, banyak aktiviti kekeluargaan yang berlangsung. Tambahan ramai yang ambil peluang menghabiskan cuti tahunan dan nak penuhi masa anak2 musim cuti sekolah mereka yang bakal berakhir beberapa hari je lagi..

Wafa akan bersekolah di tabika yang sama dengan Akmal. Cuma sesi jer berlainan. Akmal sekolah pagi, Wafa pulak sesi petang. Aku harap keputusan aku untuk sekolahkan Wafa pada usianya baru mencecah 4 tahun adalah keputusan yang betul. Biar dia belajar bertoleransi. Kat rumah asyik dia aje yang menang kalau bertegang urat dengan abangnya. Akmal pulak selalu je mengalah. Kadang-kadang kesian kat Akmal, takut dgn adik sendiri!hihi..

Pertama: Besday ummi Danial pada 9.12.12



Coklat rasberry cheese cake.

Danial bersama ummi dan ayahnya..


Kedua, bakal dapat anak buah lagi!
InsyaAllah tahun depan, dalam bulan syawal, mak aku akan menimang sorang lagi cucu. Hah hambek kau! tiap2 tahun dapat cucu. InsyaAllah tahun 2014 giliran aku pulak,hehe..
Bukan mak aku je, Mak Melaka jugak bakal menerima cucu ke3, InsyaAllah..
So, aku akan dapat 2 orang anak buah tahun depan. Hoorey!
Aku mendoakan semoga semua baby-baby dalam perut tu membesar dengan sihat dan sempurna, amin..

My sister on her wedding day.
Lagi gambar klik sini

Ketiga, Bowling tournament.
Ini dalah family Melaka bowling tournament. Kali ni ramai peserta, main 3 lane. Untuk lane aku, dengan terjatuhnya 120 pin maka aku jadilah juara, hahaha..Bolehla kan untuk yang main sekali sekala, not bad i guess! :-)
Kami main lepas solat asar. Malam sebelumnya ada kenduri di kampung Telok Gong, Pengkalan Balak. Menu kenduri adalah barbeque style dengan nasi lemak. Ada kambing, ayam, ikan, dan seafood lain. Tapi takda 1 gambar pun yang aku ambik sebab aku kat dapor masak sotong goreng tepung, limited edition,maksudnya, masak untuk diri sendiri.hehe..


Iklan gigi bersama Wafa!
us..

Akmal dengan bola yang dia sendiri tak larat nak angkat!
With few cousins
Dina, Soleha, Muqry


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...