Ahad, 16 Disember 2012

Sejarah turunkan berat badan!

Assalamualaikumwarahmatullah..

Tak ramai orang perempuan yang boleh kekalkan berat badan unggul bila dah beranak pinak. Begitulah   yg berlaku pada aku. Rasanya berat makin naik dan susah pulak nak turun. Lebih-lebih lagi memang tak tinggalkan rumah langsung..Apa nak makan, ringan je tangan membuat. Alahai..

Lepas besalin kan Akmal, berat badan masih sesuai dengan ketinggian. Lebih 2-3 kilo je. Tapi sejak Wafa dah umur 2 tahun, berat badan aku dah terlebih. Bukan sikit2. Lebih 17 kg tu!! huhuhu...Sangat risau sebenarnya dan harus berusaha buat sesuatu..

Ada beberapa produk yang dah aku gunakan selama aku nak kekalkan / kurangkan berat badan :

Slimming tea mustika ratu
Aku amalkan minum slimming tea ni masa sebelum kahwin. Disamping tu aku mmg agak jaga ape yang aku makan. Setiap hari makan ikan bakar. Masa ni senang nak pilih ape yang nak dimakan sebab duduk hostel. Cafe pulak masak ikan bakar dengan air asam yang superb. Hari2 makan menu yang sama pun tak jemu. Aku tak suka sangat makan sayur yang cafe sediakan . Jadi aku akan ambil ulam2 antaranya kacang botol dan tomato. Ais memang tak minum. Air sejuk tanpa ais aku minum.

Teh ni rasanya pahit2 masam. Tak menyebabkan aku cirit birit. Kesimpulannya sangat serasilah dengan aku. Aku minum sekali je sehari, sebelum tidur. Aku amalkan dalam setahun je. Lepas kahwin aku stop terus sebab dengar macam2 pasal produk mustika ratu, ada placenta la..ape la...Lagi 1, rahsia supaya encik suami ku tak tahu aku minum teh kuruskan badan,hahaha...


       
Aku minum teh ni dalam penghujung tahun 2011. Memang ada penurunan tapi tak tahan dengan side effects. Jadi penjaga toilet. Sesiapa yang pernah guna teh ni mesti setuju dengan aku kan? hehe..lebih dari 3 kali masuk toilet dalam sehari. Masuk kotak yang kedua abang suruh berhenti sebab dia kata ni bukan cara nak kurus yang sebenar, Kebetulan pulak aku ada terbaca forum yang bincang tentang teh orang kampung ni. Diaorang cakap buang air besar banyak2 kali boleh rosakkan usus.huhuhu...

Herbalife


Aku makan produk ni sebab dicadangkan oleh seseorang. Antara dua produk di atas aku paling suka produk ni. Dah cuba chocolate, mocha dan vanilla. Semuanya sedap. Aku pandai2 tambah buah pada shake ni untuk rasa lebih sedap. Dalam seminggu turun 3 kg. Memang menakjubkan. Aku makan macam biasa je. Produk ni membuat aku kenyang, so pengambilan kalori yang tak perlu memang berjaya. 

Nasihat aku, ape2 pun produk yang kita nak gunakan, mestilah pastikan keasliannya. Sekarang dah banyak produk palsu di pasaran.

Senaman sangat penting terutamanya untuk jantung kita. Cubalah luangkan masa untuk bersenam setiap hari. Daripada kita bersenam 30minit 3 kali seminggu, aku rasa lebih baik bersenam 15minit 5 kali seminggu. Buat senaman yang ringkas dan mudah dah memadai. Paling senang senaman yang tak gunakan peralatan seperti lompat bintang, lari setempat. Lebih mudah kalau ada threadmill kat rumah. Alangkah bahagianya hidup :-)

Jika berminat dengan produk herbalife, boleh hubungi:

Sazlina Nora Sulaiman
Tel: 019 6348826
FB : Sazlina Nora Sulaiman

Boleh dapatkan harga yang berpatutan!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...