Ahad, 12 Julai 2009

Tag lagik!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Amboi2, siap sound2 aku yer suh siapkan keja umah..yela aku dah buat ni..entry aku pun bnyk yg draft2 aje tau..aku jawablah gak tag ni cpt2 pasal dah kena sound kan..haha..

1. How many kids do u have? Is it a boy or a girl?
yg dah boleh lari2 main bola sepak secara live, sorang...yg main guling2 dlm perut sorang..hihi
2. Planning to have another one?
yupp! dah masuk 7 bulan skrg ni..
3. His name & the meaning in Islam?
Mohamad Akmal, maksudnya yg terpuji dan sempurna
4. Who gave the name?
hmm...aku mmg bg exclusive right pd abang untuk pilih
nama anak pertama nih..so
aku mmg taktau pun nama bakal anak masa tuh sampailah 1st time aku dpt pegang baby lepas operation..
5. Where did u get the idea to give that name?
Ntahla ekk..tak penah pulak tnya kat abang dari mana dia dpt idea nak bg nama Akmal ni..ntilah tnya dia balik..skrg dia tgh gi kelas..huhu..
6. If u were granted another baby, what would u name him/her?
Anak2 yg baru dilahirkan kan sunnah diberikan nama pada hari ke 7, jadi korang kenalah tunggu sampai baby lahir yer..hehe
7. If u have more than 1 kids, what's the gap of their age?
ideal age mestilah selang 2 tahun kan..rasa puas hati dpt brestfeed anak sampai umur 2 tahun..tapi rezeki jika Allah bg, tak patut ditolak..huhu..
yg paling penting mestilah bergantung pd tahap kesihatan aku sebab mengandung dan besalin bukan 1 tugas mudah.
8. The next one...would u prefer a boy or a girl? Why?
Honestly..tak kisah pun boy or girl..dan oleh sebab itu, kami sama2 buat keputusan taknak tau gender baby ke 2 ni..hihi
9. What are the similarities between u & ur kid?
hemm..nak kater camner kan..dah anak ayah..takde similarity lansung Akmal dan ibu..Akmal sebijik sebijon mcm ayahnya..mak mentua pun ckp Akmal mmg sebijik cam abang masa kecik2 dulu..huhu..
10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

Sabtu, 4 Julai 2009

Sekitar Majlis Konvo

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikumwarahmatullah..


Butiran majlis..

Atiyah & Akmal..

ngantuknya...lambatnya nak mkn...huhu

Miss Atiyah..

Tiyah jgn takut..
Abg Mamal jg Tiyah ok?
dialog memandai oleh Ummuakmal..hahaha

Majlis konvo ini jugak merangkap majlis perpisahan Ustaz Radhi, Konsul Muda Pendidikan Malaysia di Jeddah.

Majlis konvo kali ni lebih seronok berbanding tahun2 lps sebab asben sendirik yg konvo. hihi..adalah sikit rasa excited selain dari excited nak mkn jer..haha. kalau tahun2 lps, kami dijemput untuk memeriahkan majlis jer...bila tgk abang buat persiapan konvo dia, terkenang pulak kat majlis konvo aku dolu-dolu..

Sebenarnya, masih berbaki 1 semester lagi (yg akan bermula pada bulan Oktober, lepas raya). Sekarang tgh cuti musim panas. Oleh kerana kami plan nak balik Malaysia sekitar bulan 3 atau 4 tahun 2010 akan datang, maka dptlah join konvo ni in advance..hihi..sebab biasanya majlis konvo ni akan dibuat pada penghujung bulan Jun tiap2 tahun.

Ok beralih bab makanan pulak. my peberet part! hahaha..Alhmdulillah hidangan yg disediakan sumenya mencabar kewibawaan space perut aku yg semakin mengecik nih..sape ekk Ajk makanan? Tahniah..hehe..biasalah hidangan aneka nasi, lauk pauk, sup kambing, dessert dan yg paling best nih ada side dish, rojak buah (amik ko, 2 kali aku menambah) dan pecal. Yelah selera org mengandung kan, layankan ajelah..Dan part yg best jugak, ada satu sudut deko kat tepi meja buffet tu. nak tau tak ape? Longgokkan buah-buahan! mula2 ingatkan cuma nak wat cantik2kan meja je ala2 hiasan, sekali nampak ada org amik. Aku ngan Ummu atiyah pun ape lg, menapau ler jugak!haha..

owh sebelum bab makan2 nih,ada 1 masa aku tertension sikit. punyalah bersungguh aku bawak kamera, baru bape kali snap, dah habis batery..aduhh! nyampahner! jadi gambar yg ada dlm ni jelah yg sempat aku amik..gambar bertiga pun tak sempat amik..sgt rugi..

Alhamdulillah sempat juga bertemu Ummu toyibah dan anak2nya buat kali terakhir di majlis konvo ni. Semoga dia sihat dan sedang bergembira disamping keluarga di Malaysia skrg ni..semakin kurang bilangan mutazawwijin kat Madinah nih..Abdul Bari pun dah nak balik Malaysia tak lama lagi..huhu..

Khamis, 2 Julai 2009

Ulangtahun Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah...

Ya! ulangtahun perkahwinan Suhaila nora & Mohamad Khalid hari ni..
Alhamdulillah sudah masuk ke tahun yg ke-3..

Mak - mak, abah dan ayah..doakanlah anak2mu ini semoga kami bahagia dan berkekalan..
Tima kasih kpd yg mengingati tarikh ni dan doakan untuk kitaorg..hehe

Aku suka tengok gambar kawin aku. selalu jugak aku tertanya2, agak2 muat lg ke tak baju nikah aku? pasal skrg aku sudah bertambah comel sikit dari masa mula2 kawin dulu, hahaha.. tak pelik Jenet kan?kan?kan? eh sape si Jenet ni?huhu..

Bukan tu aje, bila tgk gambar2 kawin ni aku rasa terharu sgt pada mak2, abah, ayah yg letih dan penat demi memastikan majlis bejalan dgn baik. Dan kpd arwah nenek, sepupu sepapat, makcik2 sedara mara sumer..terima kasih sgt2 krn menyumbang tenaga..sumbangan wang ringgit tu tak usahlah citer..semoga Allah membalas kebaikan mereka dgn sebaik2 pembalasan, amin..

Hai, rindu rasanya nak mkn nasik minyak org kawin nih..dgn lauk2nya..hehe..harap2nya bila kitaorg balik nanti adalah antara adik2 or adik2 ipar aku yg dah ready nak berumahtangga, hehe..nak rasa kemeriahan suasana majlis perkahwinan family terdekat..

kek yg nak dipotong masa kat umah aku..
kek ni sedap, ingat lps majlis habis nak ngap lagi,
cari2 tak jumpa. dah licin rupanyer!huhu..

kek cuppucino hantaran dari keluarga pengantin lelaki.
masa majlis sambut menantu (aku ler menantu tu, haha) kat Melaka takde kek
tapi pulut kuning 3 tingkat yg dihias dgn sgt cantik sekali!
very2 creative!!

Rabu, 1 Julai 2009

Tak Balik Cuti

Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu peperiksaan telah pun berlalu..
Keputusan peksa juga telah keluar...
Maka dgn hati yg riang dan gembira, beransur- ansur pelajar University Islam Madinah pulang ke tanah air tercinta..
Pulang untuk bertemu dgn keluarga, sedara-mara, dan ada yg akan mendirikan rumahtangga bersama insan tercinta..ewah2, mcm pantun la pulak..hahaha

Tahun ni, abang membuat keputusan utk tak balik Malaysia..sebab ape ek?sebab katanya nti dia tak tahan rindukan si budak Mamal ni..tgklah tu, aku sudah menjadi buah hati no 2 sejak kelahiran Akmal..huhuhu...ape nk buat...puaslah aku memujuk suh dia balik, tapi tak berjaya jugak..

Oleh kerana abang tak balik, kenalah kami menyusahkan mak-mak kitaorang untuk hantar barang2 keperluan sikit..yelah, dah namanya mengirim kan..takkan nak nyusahkan org bwk sampai 1 beg besar pulak..huhu..jadi kenalah kirim sikit2..

Setinggi-tinggi terima kasih kpd ;
1) Imah serta mak dan abahnya..kerana tolong bwk lada kering dr Malaysia..harap2 beg Imah tak berbau cili lah yer..hehe..perhatian kepada sesapa yg nak bermastautin di sini, yg suka mkn sambal, bawak stok lada kering siap2 taw! cili kering sini tersangatlah pedas, nanti korang rajin nak masuk toilet..hahaha

2) Pakcik Malik (sepupu ayah) bersama isteri dan anaknya..oleh krn kesuntukan masa, tak dpt berbual2 panjang dgn mereka..semoga dpt berjumpa lg di Malaysia nti, insyaAllah..

3) Cik Tipah sekeluarga (kwn opis mak)..

get ready nak makan..
aku kan rajin kan?so masak kat kedai ajela..haha

ok..dah bole mkn..



Kepada mak-mak ku yg dikasihi dan dirindui...
Terima kasih yg tidak terhingga menhantarkan bekalan barang2 keperluan..
Terima kasih juga kpd yg terlibat semasa proses pembungkusan dan penghantaran..hehe
Aku kirim lada kering..bila sampai aje aku tgk lada kering tu dah siap dipotong-potong..aku hanya perlu rendam dan blender je..terharu dgn keperihatinan mak..
Aku kirim ikan bilis..bila sampai aje aku tgk ikan bilis dah dibuang kepala dan isi perut..terharu juga..

Semoga Allah menjaga dam merahmati kedua2 mak ku..amin...

Khamis, 11 Jun 2009

Jawab Tag!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah...

[Once you have been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 16 people to be tagged, listing their names and why you choose them. Dont forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.]

Macam ni lah bunyi keja cekolah yg di beri Dr. Izah kira2 3 bulan yg lalu..hahaha..nasib baik tak jadi pekasam. Punya lah lamer aku peram! Ok sekarang masa menjawab tag nih. Tapi aku buat simple2 ajela ekk..

  1. Suhaila Nora Binti Sulaiman, ni nama penuh seperti dlm kad pengenalan tau! Tarikh lahir 5 April 1981 (umur?korang kirala sendiri!hahaha...). Dilahirkan di rumah arwah atok kat Kampung Parit Salman, Parit Jawa, Muar.(haa...bukan lahir kat sepital tau!)
  2. Isteri kepada suami yg dikasihi, Mohamad Khalid bin Bahrudin. Ibu kepada budak genius yg comel Mohamad Akmal, hehe..
  3. Anak kepada pasangan romantis Sulaiman bin Idris dan Jamilah Binti Hj. Ahmad (tergelak besor kang mak aku baca nih). Dan juga menantu kepada pasangan bahagia Bahrudin bin Mohamad dan Zainon Binti Mohamad.
  4. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah kebangsaan Kem Terendak Melaka. Pastu bersekolah di Sekolah Menengah Agama Darul Falah, Kuala Sg. Baru, Melaka. (Melaka bukanlah asing bagiku..dan dpt jodoh pun dgn org Melaka, hehe..) ehh, lupa lak..aku dok Melaka lama2 tu sebab abah dulu askar. Walaupun masa aku tingkatan 1 abah dah pencen (masa tu tahun 1995 kot) dan balik ke Parit Jawa tapi aku masih setia di Melaka (sbb aku malas nak pindah2 sekolah!) Lepas habis sekolah menengah, aku dptlah masuk matrik UIA dan seterusnya dptlah pulak masuk main campus kat Gombak tuh..
  5. Selamat dinikahkan dgn kekanda tercinta pada 2 Julai 2006. (tak lama lg nih, jgn lupa wish tau, hahaha...)
  6. Suker lah sgt2 bekelah. Tak kisah ler pantai ke air terjun ke sungai ke..hehe..dulu masa dok Kem Terendak rasanya tiap2 minggu pegi Pantai Tanjung Bidara, tak dpt naik bas pun tarak kisah punyer. Menapak menuju ke pantai!
  7. Melahirkan Akmal secara ceaserean sebab Akmal songsang. Adeiiiiii budak bertuah sorang nih. Padahal 2 hari sebelum tu gi scan doktor cakap baby sume ok..tak sempat nak rasa2 nervous ke aper..yg sempat rasa terperanjat aje sebab doktor bagitau kena operate,huhu..
  8. Boleh berbahasa jawa. uikss, ade saper2 nak cuba try test?
  9. mempunyai 8 orang adik beradik, aku anak yg kedua..
  10. suka tgk action movies..jalan citernya cepat and tak payah pikir2..movie terbaru yg di tgk adalah 'untraceable'..kisah jenayah bunuh menggunakan blog,interesting huh?hahaha...
  11. suka makan..hahaha
  12. sekarang aku dlm minggu ke 24 pregnancy..due date 8 Oktober nanti..harap2nya sempatlah beraya..hihihi
  13. sudah jatuh cinta pada sukan tenis..tp tgk aje, bukan main pun..hahaha...peberet player dah tentulah Roger Federer, Walaupun dh jatuh ke world no.2 tapi dia tetap classic gitu! Akmal pun suka betul menggayakan cara player tenis main dgn bat ping pong,haha..
  14. aku tak penah masuk sukan lumba lari, pasal ape ek?pasal aku tak suka lari laju2. penat ler..jogging suka arr..tapi tu pun aku selalu kena tinggal. Lps kahwin abg selalu bwk jogging kat Taman Rekreasi Air Keroh. Dia dh habiskan 2 lap, aku 1 lap pun lum habis2 lg..lembapnyer, huhu...
  15. suka dan bersyukur sgt dpt duduk di Madinah, bumi yg penuh keberkatan, tapi aku rindu sgt2 pada family, keluarga mentua, sedara mara sumer..alangkah bagusnya jika aku dpt balik Malaysia jumpa family tiap2 tahun...huhu..
  16. sedang mencari dan mengumpulkan resepi untuk masa berpantang nanti. Nak tulis cantik2, lawa2..biar chef bidan terjun sng nak masak nanti..hehe
Ok tu aje kot..dah taktau nak tulis ape lg dh, tu yg merapu2 tu..siap gak akhirnya keja cekolah ku..

Dikesempatan ini juga, aku nak mengucapkan Tahniah kepada Izah..eh..eh silap lak. Kepada Ummu & Abu Abdul Bari diatas kelahiran Abdul Bari yg comei..kepada Ummu abdul Bari, welcome to a wonderful world of motherhood! hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...