Ahad, 16 Disember 2012

Sejarah turunkan berat badan!

Assalamualaikumwarahmatullah..

Tak ramai orang perempuan yang boleh kekalkan berat badan unggul bila dah beranak pinak. Begitulah   yg berlaku pada aku. Rasanya berat makin naik dan susah pulak nak turun. Lebih-lebih lagi memang tak tinggalkan rumah langsung..Apa nak makan, ringan je tangan membuat. Alahai..

Lepas besalin kan Akmal, berat badan masih sesuai dengan ketinggian. Lebih 2-3 kilo je. Tapi sejak Wafa dah umur 2 tahun, berat badan aku dah terlebih. Bukan sikit2. Lebih 17 kg tu!! huhuhu...Sangat risau sebenarnya dan harus berusaha buat sesuatu..

Ada beberapa produk yang dah aku gunakan selama aku nak kekalkan / kurangkan berat badan :

Slimming tea mustika ratu
Aku amalkan minum slimming tea ni masa sebelum kahwin. Disamping tu aku mmg agak jaga ape yang aku makan. Setiap hari makan ikan bakar. Masa ni senang nak pilih ape yang nak dimakan sebab duduk hostel. Cafe pulak masak ikan bakar dengan air asam yang superb. Hari2 makan menu yang sama pun tak jemu. Aku tak suka sangat makan sayur yang cafe sediakan . Jadi aku akan ambil ulam2 antaranya kacang botol dan tomato. Ais memang tak minum. Air sejuk tanpa ais aku minum.

Teh ni rasanya pahit2 masam. Tak menyebabkan aku cirit birit. Kesimpulannya sangat serasilah dengan aku. Aku minum sekali je sehari, sebelum tidur. Aku amalkan dalam setahun je. Lepas kahwin aku stop terus sebab dengar macam2 pasal produk mustika ratu, ada placenta la..ape la...Lagi 1, rahsia supaya encik suami ku tak tahu aku minum teh kuruskan badan,hahaha...


       
Aku minum teh ni dalam penghujung tahun 2011. Memang ada penurunan tapi tak tahan dengan side effects. Jadi penjaga toilet. Sesiapa yang pernah guna teh ni mesti setuju dengan aku kan? hehe..lebih dari 3 kali masuk toilet dalam sehari. Masuk kotak yang kedua abang suruh berhenti sebab dia kata ni bukan cara nak kurus yang sebenar, Kebetulan pulak aku ada terbaca forum yang bincang tentang teh orang kampung ni. Diaorang cakap buang air besar banyak2 kali boleh rosakkan usus.huhuhu...

Herbalife


Aku makan produk ni sebab dicadangkan oleh seseorang. Antara dua produk di atas aku paling suka produk ni. Dah cuba chocolate, mocha dan vanilla. Semuanya sedap. Aku pandai2 tambah buah pada shake ni untuk rasa lebih sedap. Dalam seminggu turun 3 kg. Memang menakjubkan. Aku makan macam biasa je. Produk ni membuat aku kenyang, so pengambilan kalori yang tak perlu memang berjaya. 

Nasihat aku, ape2 pun produk yang kita nak gunakan, mestilah pastikan keasliannya. Sekarang dah banyak produk palsu di pasaran.

Senaman sangat penting terutamanya untuk jantung kita. Cubalah luangkan masa untuk bersenam setiap hari. Daripada kita bersenam 30minit 3 kali seminggu, aku rasa lebih baik bersenam 15minit 5 kali seminggu. Buat senaman yang ringkas dan mudah dah memadai. Paling senang senaman yang tak gunakan peralatan seperti lompat bintang, lari setempat. Lebih mudah kalau ada threadmill kat rumah. Alangkah bahagianya hidup :-)

Jika berminat dengan produk herbalife, boleh hubungi:

Sazlina Nora Sulaiman
Tel: 019 6348826
FB : Sazlina Nora Sulaiman

Boleh dapatkan harga yang berpatutan!!

Sabtu, 15 Disember 2012

Legoland-35% diskaun!


Assalamualaikumwarahmatullah..

Beberapa minggu lepas adik aku pegi maiden. Dia beli keropok ni. Nampaknya legoland terpaksa buat promosi2 macam ni sebab dia tahu tiket dia mahal!




Rabu, 5 Disember 2012

Bahan Di dapur kita..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Maklumat oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

Cream of tartar adalah bahan yang terhasil dari jus anggur dalam proses pembuatan arak wine @ keladak didalam tong pemeraman wine.Nama asalnya adalah Potassium bitartrate






Walaupun ada kaedah pemprosesan yang halal, terdapat juga yang ada dipasaran adalah byproduct dari wine dan pastinya hukumnya haram. Bila ada yang halal dan ada yang haram, maka bahan ini adalah syubhah...

Produk ini digunakan di dalam kebanyakan produk bakeri.

Kepada pengusaha produk bakeri, wajib memastikan cream of tartar yang anda gunakan mempunyai pengesahan halal yang sah dan diiktiraf...

Jika dijual dalam bentuk repacked, seperti biasa, minta bungkusan asal dan juga sijil halalnya..

Pastikan halal baru beli :)

Sahabat Halal Jakim.

Ahad, 2 Disember 2012

Stop breastfeeding!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku sangat happy sebab dapat letak ketiga-tiga jenis iklan nuffnag. Sebelum ni dapat buat dua je. Huhuhu...sebenarnya tak paham pun yer jugak..semalam ada buat pembacaan sikit, harini baru sempat nak buat. Kesian aku ketinggalan..

Ibu-ibu yang breastfeed anak janganlah marah yer dengan tajuk aku kali ni. Suspen je! Mari baca dulu .

Dalam perjalanan balik dari Melaka petang tadi, Wafa dengan nada bangga telah mengadu kat ayahnya yang dia dah berhenti nenen (menyusu badan). Sebab ape? Sebab dah 3 hari dia mengendeng-ngendeng minta tapi ibu dia yang garang ni tak bagi. Si Ayah memuji-muji anak perempuan nya dan cakap..bagus adik! Kalau tak berhenti nenen, macam mana nak sekolah? Nanti kawan2 adik ketawakan..Nampaknya Wafa setuju dengan kata2 ayah. Setuju tapi bersyarat. "Adik nak peyuk (peluk) je ibu" kata Wafa. Hai rimas juga Si Ibu dengar syarat Wafa:-) 

Begitulah cara Wafa berhenti menyusu. Taklah susah sangat. Dulu aku fikir macam manalah nak stop nenen kan Wafa. Pening juga. Alhamdulillah genap usia 3 tahun aku memang nekad nak berhentikan dia menyusu.

Anak yang pertama,Akmal, pun tak susah. Memang kena bertindak 'kejam' dan garang dalam sehari dua. Sentiasa cakap tak boleh bila dia minta. Alhamdulillah Akmal berhenti bila aku mengandungkan Wafa. Rasanya masa tu belum genap 2 tahun lagi tapi dek kerana air susu dah takda, maka aku ambil keputusan  berhentikan penyusuan.

Mari berkongsi tips cara halus hentikan penyusuan ibu,,hehe..Aku tegaskan, boleh guna tips ni bila anak dah menyusu genap 2tahun. Tapi kalau anda nak test juga, takda masalah. Mungkin mengambil masa agak lama. Tapi aku lebih selesa cara ni dari letak benda macam2 ,hehe..

1) Sentiasa ingatkan anak yang usianya dah cukup 'besar' untuk menyusu. Malu orang tengok! Kerap cakap macam ni kat anak.Biar dia ada rasa malu nak minta2 terutama dikhalayak ramai.

2) Selalu cakap kat anak yang gigi dia dah penuh. Kata kat dia, kesiannnn ibu sakit adik gigit :-)

3) Kalau anak dalam persediaan nak masuk taska/tadika, cakap kat anak malu nanti dengan kawan2. Kalau kawan2 tau, mesti diaorang gelak. Ini aku selalu beritahu Wafa. InsyaAllah tahun 2013 Wafa akan sekolah tadika kemas,sama dengan sekolah Akmal. Bezanya Akmal sesi pagi, Wafa sesi petang.

4) Yg terakhir, ni korang tak payahla ikut. hehe..Jadi GARANG! cakap NO,NO,NO!!! bila anak merengek2 nak nenen. Ada sedikit kekejaman disitu dan aku selalu kena marah dengan mak aku. Mak aku memamg pantang tengok budak menangis melolong2. Mesti nak bagi ape yang budak tu nak. Tetapi tidak aku.

Bila anak-anak dah bercerai susu, sekarang pening macam mana nak suruh diaorang minum susu guna cawan je, tak payah guna botol. Letih aku mengganti puting botol susu yang asyik koyak digigit anak2 aku. Tips MIL aku senang je. Ajak anak2 ke laut bawak botol susu masing2. Suruh diaorang campak dalam laut. Kemudian bila anak2 cari botol susu, ingatkan diaorang yang botol susu dah di campak ke laut oleh tangan2 mereka sendiri.hehe..Tapi cara ni aku rasa tak mungkin berkesan pada anak2 aku. Mesti anak2 aku ajak pergi kedai beli botol susu baru. Hmm...


Akmal& Wafa main pasir..



Sabtu, 1 Disember 2012

Resipi Durian Crepe

Assalamualaikumwarahmatullah...

Minggu lepas adik aku ada request suruh buat durian crepe. Pada pendapat aku apelah yang sedap sangat dengan durian crepe sampai ko macam meleleh ayaq liuq nak makan..Lempeng durian je pun kan...

Lepas tu, sorang lagi adik aku request menu yang sama. Alahai pening juga..lempeng durian ape ni yang sampai menjadi kegilaan masa kini?? Adik aku cakap kat FB dia sampai ada orang buat delivery! ha mak jemah, femes nyer durian crepe ni. 

Aku pun google la kan..ape lagi..hahaha..ish ish ish, macam bantal rupa paras durian crepe ni yer..lempeng bukan sebarangan lempeng!ada creme filling. Ada yang rajin, buat custard filling lagi !

Oklah, membebel punya panjang. Ni nak bagi tahu, resepi ni aku just kongsi jer tau..belum test lagi. InsyaAllah ni projek cuti krismas nanti. Boleh mintak mak aku belikan durian gred yang terbaik pada harga yang murah. Muar kan antara syurga durian.....hehe..

Ada dua resipi yang aku berkenan. Kalau anda semua suka, cubalah..kalau tak, boleh cuba cari yang lain. Mungkin ada resipi yang lebih mudah dan sedap.

1)RESIPI CIK EPAL

2)RESIPI PUAN AZLITA

Sekadar gambar hiasan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...