Selasa, 11 Ogos 2009

Sekadar coretan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Aku andaikan Izah telah selamat sampai ke Malaysia skrg ini, insyaAllah..Masih teringat lg kali pertama kami berkenalan, di KLIA. Waktu tu aku telah pun mengandungkan Akmal 3 bulan. Memang Izah ini peramah orangnya. Tempoh setahun bersama diperantauan adalah waktu yg amat singkat dirasakan. Semoga Izah sekuarga sentiasa dirahmati Allah dimana jua berada, amin..

Terima kasih atas segala pertolongan, info2 perubatan yg diberikan, servis perubatan percuma (hehe) , cerita2 dan pengalaman seorang doktor dan atas persahabatan yg sangat berharga ini. Semoga Allah izinkan kita bertemu lg. Teruskan berblogging jika berkesempatan.

Mari baca pulak perkembangan semasa ummuAkmal & family..

Aku
****
Sekarang aku sedang berada dlm minggu ke 32. Aku berazam untuk puasa penuh ramadhan akan dtg ni jika kesihatan mengizinkan. Banyak benda yg perlu diselesaikan sebelum kedatangan ramadhan ni. Antaranya nak sediakan barang keperluan untuk baby. Punyalah selamba aku ni, dah 8 bulan mengandung, baru sehelai baju baby aku beli..hahaha..kenaikan berat badan sehingga skrg adalah 7 kilo..aku mcm rasa sikit sangat naiknya, tapi kang kalo naik bnyk2 kilo, aku pulak yg susah hati..huhu..aku dah mula rasa sakit2 mcm yg aku alami masa mengandung Akmal dulu..hee bila rasa sakit mcm tu cuak gak dibuatnya..mengandung kali ni takde bengkak kaki, alhmdulillah..mungkin sebab berat tak naik bnyk sgt kot..pedih ulu hati, sakit sekitar pinggang tu aku anggap biasalah..sebab dah masuk 8 bulan pun kan..

Akmal
******
Budak comel sorang ni aku rasakan makin manja sekarang. Ntahla..mungkin dia rasa tak lama lg dia tak akan dpt bermanja giler2 dgn ibu. baring pun nak atas riba aku, dgn perut aku yg dah ke dpn ni, manalah nak muat kalo nak baring selesa2 kan...kadang2 sampai senak perut dibuatnya..
Gigi bahagian atas dah mula menunjukkan diri masing2. Kalau dia gelak tu, dah nampaklah putih2 penuh. cuma belum kuar habis je.

3, 4 hari lepas aku perasan yg dia dah boring dgn mainan yg ada dlm bekas mainan. dah taknak main tembak2, taknak main bola sepak, taknak main bat pingpong. rupanya dia berminat main masak2, konon2 belakon potong ayam, fish dan daging. Mesti gara2 tgk fatafeat..hahaha..Mulanya kitaorg tak perasan jugak. tapi 1 hari, terpandang dia amik sikat ayahnya dan belakon mcm tgh memotong sesuatu. Hah sekarang kalo sudip kayu aku hilang, dah tak payah susah2 nak cari merata rumah. tempatnya memangla dlm bakul mainan dia, kui kui kui..

Abang
******
Sedang melalui minggu2 yg sibuk sebagai student yg amik short semester..mid term, assignment perlu disiapkan sebelum final exam yg akan bermula 1 Ramadhan akan dtg..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...