Selasa, 25 Ogos 2009

RAMADHAN TERAKHIR DI MADINAH..

Bismillah Wasolatuwassalamu 'ala Rosulillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Aku baru jer selesai goreng kentang. uii, tak pose ehhhh? hehe..bukan untuk aku yer..untuk Akmal! Nanti kalo Akmal dah pandai baca, mesti dia malu sebab ibu bagitau sume org yg dia tak pose! hahaha...

Salam Ramadhan untuk keluarga yg amat2 dirindui di Malaysia,
sahabat2 mutazawijin di Madinah..ummu atiyah, ummu insyirah, ummu maryam, ina, izah (k'tan) ,
untuk sahabat2 yg mengingati kami di mana jua anda berada,
serta anda yg sudi berkunjung ke blog ini.

Tahun ini adalah tahun tahun terakhir kami berpuasa di bumi Madinah ni. Melalui musim panas yg terakhir, juga musim sejuk yg terakhir yg bakal tiba tak berapa lama lg..Dalam hati berbunga riang bila memikirkan suasana ramadhan dan syawal bersama keluarga pada tahun akan datang, aku dah 3 tahun puasa dan raya kat sini, abang pulak dah lima tahun, sejak dia ditawarkan belajar kat sini, namun..tidak dapat dinafikan yg hati kami akan sentiasa rindukan ramadhan di Madinah.

Oleh kerana itu, aku bercadang untuk membuat catatan sepanjang bulan ramadhan ini sebagai kenang2an untuk kami nanti. Aku berazam untuk puasa penuh sebab dah jumpa doktor haritu dan minta pendapatnya. InsyaAllah no problem katanya..hihi

1 Ramadhan
***********
Cuaca panas seperti biasa sehinggalah azan solat asar berkumandang. Tiba2 langit jadi gelap, mendung. tapi takde hujan. kami berbuka dgn rutob a.k.a ruthanah, air sirap bandung, dan sedikit juadah yg diberi oleh ina (kueh vadai dan puding). Setelah solat maghrib aku terasa seperti nak pengsan, tak bole duduk dan berdiri, nak tumbang jer rasanya. Abang nasihatkan aku baring berehat, dan ntah berapa lama lps tu barulah aku bole bgn..dlm hati aku berdoa jgnlah esok jd mcm ni lg..huhu..oh ye, setakat ni aku belum lg bersolat terawih di Masjid Nabi kerana risau dgn penularan wabak h1n1.

2 Ramadhan
***********
Akmal bgn waktu kitaorg nak sahur. ingatkan dia nak tido balik lps minum air. tiba2 dia mintak nak basuh tgn..hihi..rupanya nak join bersahur gak.

Cuaca panas juga sama spt smlm, tapi bila masuk waktu asar je aku tgk melalui tingkap cahaya kuning kat luar rumah disertai dgn seakan2 jerebu juga angin yg kuat bertiup. Tak lama lps tu, hujan pun turun. Alhamdulillah hujan rahmat, aku masak pun air paip sejuk jer, taklah panas mcm selalu..hihi..

Dalam pukul 4.45 ptg, abang dan beberapa org sahabatnya keluar untuk berjumpa seorang ustaz yg dtg menunaikan umrah. katanya ada org nak bagi sumbangan, alhamdulillah rezeki di bulan ramadhan. beberapa hari lps juga suami ina telah menghantar barang2 musaadah antaranya beras, gula, tepong, susu tepong, minyak masak, oat, kordial minuman dan bnyk lg barang2 keperluan dapo..

Smlm sebelum tido aku ckp dgn abang yg aku teringin nak mkn satay..hehe..tapi aku takdelah cdg nak bakar guna arang. nak buat satay goreng jer..org mengandung ni mmg ada2 jer..jadi ptg sebelum buka aku dah siap2kan perapan ayam dan nasi impit. Lps selesai solat terawih tercapailah hajat nak mkn satay..Akmal waktu tu dahpun lena..

3 Ramadhan
***********
Hari ni hujan lagi di Madinah. Masa tunggu berbuka, kitaorg bukak channel Saudi 2 yg menyiarkan solat maghrib live dari Masjid Nabi. Teringat aku akan kata2 lelaki yg bercakap2 sblm azan tu "we love rain, we like rain. we consider it as rahmah from Allah". hmm...berbeza sungguh tanggapan org pd hujan ni. bg yg selalu mendapat hujan pasti tidak akan terasa keistimewaan hujan ni selain dari kedinginan yg disumbangkan oleh curahan hujan tu..

Kami berbuka spt biasa dgn rutob dan air. Biasanya aku akn minum susu waktu berbuka supaya cpt rasa kenyang dan untuk hilangkan rasa pedih ulu hati yg kadang2 menyerang. ahh...nanti akan rindulah kami dgn kelazatan dan kemanisan rutob ni. Mmg sangat sedap, masyaAllah..lebih2 lg yg baru keluar dari petiais..ntah ada ke tak agaknya kurma jenis ni kat Malaysia nanti..tak apalah jika takde. yg penting skrg kena menikmati ramadhan disini..

Sudah beberapa hari pose ni kitaorg mmg tak mkn nasi waktu berbuka. Waktu sahur barulah mkn nasi. Mkn yg simple2 dan besederhana je. Aku pun tak masak yg berat2 sebelum berbuka. Paling berat pun cekodok jer, hehe.. Biasanya aktiviti msk aku buat lps solat maghrib dan berehat kejap. Sebab dah beberapa hari pose ni, lps buka je perut akan jd tegang..Mkn lps maghrib tu pun taklah berat sgt..

ok setakat ni dulu...Akmal dah suruh aku bangun dari kerusi. nak naum katanya..dah mkn kentang, dah minum halib, dah siap yak ni. dah tak selesa la tu..huhu

InsyaAllah nanti jika ada kelapangan aku akan cuba tulis lg. aku sekarang dahpun dlm minggu 35. Dah pegi check-up minggu lps. Nanti aku buat laporan jika ada kelapangan, hehe..

2 ulasan:

juzaili berkata...

Assalamualaikum.....
Harap kau kenal lg aku...hhehehehe
x al-falah.. kau mcm mana sekarang ni?
ok ker? Actually aku terjumpa blog kau ni and the important thing is kau isteri Khalid... That y im gonna to send email to you.. kim salam khalid, dah lama tak jumpa dia... last sekali jumpa, mkn ikan bakar kat umbai..uhuhuhu.. ok..bye..salam

UmmuAkmal berkata...

Wa'alaikum salam Ju..
Aku Khalid ni. Ko apa cerita? Kat mana sekarang ni? Apa perkembangan terbaru? Ingat lagi ko last time kite jumpe ek? Aku pun ingat lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...