Sabtu, 4 Julai 2009

Sekitar Majlis Konvo

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikumwarahmatullah..


Butiran majlis..

Atiyah & Akmal..

ngantuknya...lambatnya nak mkn...huhu

Miss Atiyah..

Tiyah jgn takut..
Abg Mamal jg Tiyah ok?
dialog memandai oleh Ummuakmal..hahaha

Majlis konvo ini jugak merangkap majlis perpisahan Ustaz Radhi, Konsul Muda Pendidikan Malaysia di Jeddah.

Majlis konvo kali ni lebih seronok berbanding tahun2 lps sebab asben sendirik yg konvo. hihi..adalah sikit rasa excited selain dari excited nak mkn jer..haha. kalau tahun2 lps, kami dijemput untuk memeriahkan majlis jer...bila tgk abang buat persiapan konvo dia, terkenang pulak kat majlis konvo aku dolu-dolu..

Sebenarnya, masih berbaki 1 semester lagi (yg akan bermula pada bulan Oktober, lepas raya). Sekarang tgh cuti musim panas. Oleh kerana kami plan nak balik Malaysia sekitar bulan 3 atau 4 tahun 2010 akan datang, maka dptlah join konvo ni in advance..hihi..sebab biasanya majlis konvo ni akan dibuat pada penghujung bulan Jun tiap2 tahun.

Ok beralih bab makanan pulak. my peberet part! hahaha..Alhmdulillah hidangan yg disediakan sumenya mencabar kewibawaan space perut aku yg semakin mengecik nih..sape ekk Ajk makanan? Tahniah..hehe..biasalah hidangan aneka nasi, lauk pauk, sup kambing, dessert dan yg paling best nih ada side dish, rojak buah (amik ko, 2 kali aku menambah) dan pecal. Yelah selera org mengandung kan, layankan ajelah..Dan part yg best jugak, ada satu sudut deko kat tepi meja buffet tu. nak tau tak ape? Longgokkan buah-buahan! mula2 ingatkan cuma nak wat cantik2kan meja je ala2 hiasan, sekali nampak ada org amik. Aku ngan Ummu atiyah pun ape lg, menapau ler jugak!haha..

owh sebelum bab makan2 nih,ada 1 masa aku tertension sikit. punyalah bersungguh aku bawak kamera, baru bape kali snap, dah habis batery..aduhh! nyampahner! jadi gambar yg ada dlm ni jelah yg sempat aku amik..gambar bertiga pun tak sempat amik..sgt rugi..

Alhamdulillah sempat juga bertemu Ummu toyibah dan anak2nya buat kali terakhir di majlis konvo ni. Semoga dia sihat dan sedang bergembira disamping keluarga di Malaysia skrg ni..semakin kurang bilangan mutazawwijin kat Madinah nih..Abdul Bari pun dah nak balik Malaysia tak lama lagi..huhu..

1 ulasan:

mama_sal berkata...

salam ziarah..k sal us radhi ni..
nice blog..rindu la kat madinah n adik2 suma..keep in touch ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...