Khamis, 28 Mac 2013

Wafa yang macam-macam

Assalamualalaikumwarahmatullah..
Bismillah..

Anak yang seorang ni memang banyak idea. Mungkin juga dia bercita- cita untuk berkhidmat dalam bidang perubatan. Jadinya termasuk minggu lepas dah 2 kali kitaorang melawat nurse-nurse dan pegawai perubatan kat hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru

Ini 12.3.2013 punya cerita. Menggigil tangan aku masa tahan darah Wafa. Panik sebab sebelum ni tak pernah ada pengalaman macam ni. Akmal pun tak selasak adik dia yang sorang ni.
Ceritanya, ada mesyuarat ajk PIBG sebenarnya petang tu. Habis meeting dalam pukul 3ptg, nak naik rumah terjumpa pulak dengan jiran. Berbual sekejap. Akmal dan Wafa pulak jumpa kawan-kawan. Diaorang mintak izin nak main taman dengan kawan-kawan, aku pun katalah ok. Jarak antara taman dgn tmpat aku berdiri tak sampai pun 10 langkah. Memang dah nak kena kan..Apo nak dikato..Innalillah..
Tiba-tiba wafa meraung. Masa aku dapatkan Wafa darah meleleh2, huhu memang ngeri. tak berani nak tengok besar mana luka. Masuk rumah, call asben, bersihkan luka sikit tuang minyak gamat baru darah berhenti. Asben balik terus pegi klinik tapi ditolak. Diaorang suruh pegi hospital terus.

Sabtu minggu lepas, Wafa masukkan manik dalam hidung pulak. Pegi lagi ke bahagian kecemasan. Aduhai budak cerdik ni. Apalah agaknya yang dia nak kaji..Sampai kena jumpa doktor pakar sebab doktor yang bertugas tak dapat keluarkan manik tu. Nasib tak kena bedah ke ape..

Wafa..Wafa..Semoga Allah memelihara anak ini dari segala musibah..amin..

 Dapatlah 1jahitan
luka sdg dibersihkan..
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...