Isnin, 25 Mac 2013

Cuti sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillah,
Hai semua apa kabar? Cuti sekolah ni korang mesti rancang nak bercuti kan. Baguslah, bercuti luangkan masa dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak. Niatkan percutian anda untuk mendapat redha Allah, insyaAllah riadah akan jadi ibadah.  

Cuti sekolah ni aku tak rancang nak ke mana-mana sebab rancangan bercuti dengan family muar pun tak lama lagi. Dalam pertengahan bulan april insyaAllah kami akan berkonvoi beramai-ramai ke cameron highland. Lagipun aku rasa kalau bercuti musim cuti sekolah, semua tempat penuh,nak dapatkan penginapan memang susah kalau last minute,huhu.

Cuti sekolah tahun lepas dapat jugaklah mandi pantai batu layar dan pantai tanjung balau, pegi desaru dan pegi ostrich farm. Bayaran masuk rm 15 seorang nak tengok burung unta ni. Boleh pegang,bagi makan,nak naik pon boleh kalau berani. Aku memang tak ar, silap2 tergolek haru biru dibuatnya. Tapi, aku koyak sikit kulit burung unta yg dibuat pameran. Ambil buat kenangan,hehe. Masa ni rancang nak tido 1 malam kat Desaru. Punyalah susah nak dapatkan homestay sebab tak rancang awal. Akhirnya dapat jugak sewa 1 homestay kepunyaan En. Razali (Tel : 012 7387106).Razali homestay Desaru

Minggu lepas hantar mentua dan adik ipar dan mak menakan sebelah asben ke KLIA. Diaorang nak ke Haramain. Aku dapat bayangkan betapa seronoknya dapat ke sana. Semoga akan datang nanti kami sekeluarga dapat ke sana,amin,jom kumpul duit! ;-)


Oklah,sampai disini dlu. Terima kasih sangat pada anda yang singgah jenguk blog ni

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...