Ahad, 18 November 2012

Cara simpan brokoli agar segar lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni hari Ahad. Kalau balik Melaka, pagi-pagi lagi mak dan ayah akan pergi pasar borong depan rumah untuk beli stok lauk dan sayur-sayur untuk seminggu. Begitulah rutin mak dan ayah mentua setiap minggu. Mak Melaka sangat rajin orangnya. Sebelum pergi kerja, setiap pagi dia akan menyediakan sarapan dan lauk untuk tengahari. Rajin kan?hehe..

Sebenarnya hari ni aku nak berkongsi tips untuk sayur brokoli. Sebelum aku amalkan tips ni, selalunya brokoli akan cepat bertukar jadi kuning dan tak nampak segar. Bila tak segar, macam tak semangat jer nak masak,hahaha...boleh gitu? yes, alasan semata-mata untuk orang malas!


Sebelum berkongsi tips, mari kita tengok sikit diantara kebaikan makan sayur brokoli ni:

1. Brokoli dapat membantu mencegah kanser.

2. Brokoli dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Bagus bagi mereka yang mengidap diabetis.

3. Warna hijau pekat sayur ni menunjukkan ianya kaya dengan antioksida. Bagus untuk kulit dan mencegah kanser.

4. Brokoli adalah sumber serat yang tinggi. Sangat bagus untuk sistem penghadaman.

Dan banyak lagi sebenarnya khasiat brokoli ni. Anda semua google je, mesti banyak maklumat tentang kebaikan makan brokoli ni.

Ok lah, ni tipsnya:

Masuk air dalam cawan, masukkan brokoli sehingga batangya terendam. Kemudian simpan dalam petiais seperti biasa. Brokoli akan kekal hijau selama seminggu, In sya Allah..

Tips ni aku dah cuba dan terbukti berkesan. Kadang-kadang sampai 2 minggu pun brokoli masih segar. Faktor tahap kesejukan petiais pun menyumbang terhadap cara menyimpan brokoli ni. Tips ni aku dapat masa pergi pasar, ternampak orang jual sayur buat cara ni so aku pun tiru.

Brokoli + butter kemudian panggang.cubalah, sedap...Selamat mencuba.

3 ulasan:

CIK TOM berkata...

ciktom jrg mkn brokoli sbb mahal sikit..hehe..tp rsnya mmg sedap!!

amynorami.com berkata...

saya memang cari kaedah nak simpan brocoli nak kasi tahan lama..mekasih..http://villanorami.blogspot.my/

Tanpa Nama berkata...

Tq👍😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...