Selasa, 7 Ogos 2012

Terkini & Terbaru

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama tinggalkan aktiviti ber blog sejak balik dari Madinah dan sebenarnya takda niat pun nak teruskan ber blog ni dulu. Tapi bila tengok2, belek2 rasa sayang pulak kalau blog ni dibiarkan usang macam tu je..Jadi  aku rasa ada baiknya aku sambung je blog ni..hihi..lagipun Akmal & Wafa suka sangat tengok gambar diaorang masa baby2 dalam blog ni.

Terbaru..
Sekarang kami sekeluarga menetap di Tampoi, Johor Bahru. Area Ariani & Jakel Johor serta Kipmart Tampoi. Dah setahun lebih jugak duk sini.

Akmal dah pun bersekolah tabika. Oleh kerana jaraknya yang tak sampai 5 minit berjalan kaki dari umah, kami sepakat nak masukkan dia kat sekolah tu,hihi..oh ya,umur Akmal sudah genap 5 tahun tanggal 1 Mei yang lepas. Setakat ni prestasi akmal agak ok. Aku taknak terlalu memaksa dia belajar, nanti boring pulak dia. Tapi tak tahan juga kalau bangun2 tido dah suruh bukak astro ceria! Apepun Ibu bangga dengan Akmal sebab rajin solat jemaah dengan ayah.

Wafa pula akan berusia 3 tahun pada 4 Oktober akan datang. Dia lebih agresif dan aktif berbanding abang akmal.Baru semalam pecahkan sebijik gelas, aku yang terkena kacanya,aduhai... Kadang2 kesian tengok Akmal yang dibuli oleh adiknya sendiri, hihi..Setiap hari aku dan wafa akan hantar akmal pergi sekolah. Wafa sibuk2 jugak nak letak kasut kat rak, salam cikgu dan bagi report menu dia makan pada hari tersebut. Walau kadang2 dia tak makan , dia akan tetap bagitau cikgu yang ibu masak nasi dan ayam,ha3

Dah besar anak2 aku dua orang ni, sekejap je rasanya...Walaupun diaorang dah besar, aku masih tak bersedia nak berkerjaya. Berat hati nak tinggalkan anak2 samada kat nursery atau pengasuh. Takpelah kalau orang nak mengata aku, belajar tinggi tapi duk umah wat haper??? asalkan abang memahami, itu sudah cukup memadai,huhu..

Sejak balik, dah 3 orang adik kawin. Adik2 aku 2orang, adik ipar sorang. Aku harap mereka kekal sehingga ke akhir hayat dan cepat2 dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Bukan ape, kesian kat Akmal & Wafa ni, terkonteng2 berdua je, 

ok sampai sini dulu ...sebab ada badak tecit nak menaip pulak,he3
kepada Dr. Nur Izah yg berada di Scotland , i really miss u!
Salam Ramadhan..

ummuakmal, Tampoi JB.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...