Selasa, 28 Ogos 2012

Ramadhan dan 'Eidulfitri

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad
Taqabballahu minna wa minkum..kullu 'am wa antum bikhair..

Pantas betul masa berlalu..kejap aje dah hari yang ke10 syawal..semoga syawal tahun ini disambut dgn penuh kemeriahan dan kesyukuran..kepada yang sedang berpuasa 6 semoga tabah menghadapi cabaran, yelah kan ..berpuasa disaat orang lain sedang sakan beraya, banyak cabarannya.

Raya tahun ni adalah sangat istimewa buat adik aku ,sauzana nora sulaiman dan asben nya Zaid Hadis. Dengan tidak disangka dan tak di duga dia dah selamat melahirkan putera sulung. Sepatutnya tarikh jangkaan bersalin bulan oktober nanti tapi baby dah tak sabar nak beraya bersama,hehe..dengan berat 2.15 kg pada usia 7 bulan dalam kandungan dia telah membocorkan kantung air ketuban. Oleh kerana baby lahir premature, maka kami sume tak dapat tengok dan pegang dia,huhuhu..sedih..

Cerita orang bersalin ni macam2, kadang2 kelakar, kadang2 geram, kadang2 sedih. Kisah adik aku ni sama je dengan mak aku. Baby nak kuar dah, dah nampak rambut tapi nurse tetap suruh pegi tido balik dalam wad. Kenapa ye macam tu..bukan ke orang yang nak beranak tu yang rasa?so bila dia cakap baby nak kuar, maksudnya nak kuarlah..ade pulak suruh pegi baringlah, baby belum nak kuar lah..hai macam2..

Raya tahun ni giliran beraya di Melaka.Raya ke 3 baru balik Muar. Bejalan- jalan memang letih tapi seronok. Sebabnya masa nilah dapat berziarah. Yang tak pernah jumpa, masa nilah nak jumpa dan berkenalan. Kebetulan pulak ramai yang sambung cuti sampai hujung minggu lepas. Minggu ni pun mungkin ramai yang akan balik kampung lagi atau akan beraya dirumah kawan2 pulak bersempena cuti Merdeka yang jatuh pada hari Jumaat. Selamat beraya semua. Hati2 memandu dan jagalah adab semasa bertamu dirumah orang.

oklah, sampai sini aje..Wafa dah bangun

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...