Jumaat, 4 April 2014

Masih ada lagi...

Assalamualaikumwarahmatullah
Bismillah
Allahumma salli 'ala Muhammad

Hai, ape khabar semua? Sangat lama tidak menulis apa-apa dalam blog ni.Sebenarnya ada je, cuma x berkesempatan nak mencorat coret.

Kami sekeluarga telah berpindah ke Selangor. Aku pun dah mula kerja. Alhamdulillah, semenjak berpindah , setiap interview yang aku pergi, aku ditawarkan bekerja. Mak-mak cakap, rezeki berhijrah namanya:-)

Alhamdulillah, walaupun aku tak banyak pengalaman kerja, tapi bila mohon, pegi interview, dapat pulak kerja. Aku yakin kalau kita buat keputusan untuk sesuatu yang baik, Allah akan bantu dalam setiap urusan kita.

Akmal dah pun selamat bersekolah darjah 1. Asalnya nak sekolah kat Sri JB, tapi tiba2 ayahnya dapat offer kerja di KL. Nasib baik dapat tukar ke cawangan Selangor.Alhamdulillah urusan pertukaran cawangan pun mudah. Dalam masa 3 bulan sekolah, banyak sungguh homework nya setiap hari. Kadang- kadang sambil masak dinner kena ajar dia buat homework. Hehe kelakar pun ada. Macam gini lah keadaan parent yg bekerja dan ada anak sekolah.Nasib baik wafa tak sekolah. Kalau tak mesti dia pun ada homework jugak. Oh ye, wafa cuma stay kat nursery je sebab ayahnya kerja 6 jam jer sehari. Lagipun Wafa ni dah menunjukkan keboringan sebab umur 4 tahun dah sekolah.

Sekarang aku mengajar di salah sebuah ipts kat KL. Alhamdulillah bolehla untuk cari pengalaman. Untuk mula bertapak lah kiranya..Kawan2 pun ok. Biasalah, kerja mana2 pun mesti ada kekurangan. Asalkan kita jadi orang yg bersyukur dan jangan banyak mengutuk, insyaallah semua urusan akan jadi mudah.

Ok,insyaallah jumpa lagi lain kali.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...