Khamis, 8 Oktober 2009

The New Arrival




Wafa Mohamad Khalid


Sweet Dream


Jangan nak berani-berani kacau adik saya!


Budak happy dapat kawan


Alhamdulillah. Syukur kepada-Nya di atas kurniaan rezeki ini. Semoga Allah memberkati zuriat-zuriat kami. Amin..

Sabtu, 5 September 2009

PANDUAN PEMAKANAN IBU HAMIL DI BULAN RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. {mosimage}Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
  1. Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
  2. Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.
  3. Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
  4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
  6. Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.
Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

artikel dari ratuhati.com

Selasa, 1 September 2009

sambungan RAMADHAN TERAKHIR DI MADINAH

Bismillahirrahmanirrahim..

4 Ramadhan----25 Ogos
**********************
Hari ni adalah hari terakhir abang final exam untuk short semester ni. Oh lupa pulak aku..peksa final ni mula 1 ,2 & 4 ramadhan. Ada 3 paper sumenya..aku doakan semoga abang najah dlm sume subjek, amin..semester akan dtg ni InsyaAllah dah tinggal sikit subjek yg perlu di ambil. Lebih bnyk masa boleh main dgn Akmal & adik baby, hehe..

Aku masak tomyam harini. Kredit untuk Ummu Atiyah yg ajo msk tomyam ni tanpa guna pes dlm peket tu. Sgt2 sedap, masyaAllah! Sblm ni aku biasa guna pes tomyam adabi tu, pastu bila dah takde stok, dok terliur jela bila nak mkn tomyam, pasal tak reti nak buat, huhu..

Hujan lg harini, waktu maghrib, tapi skjp je. hujan pun renyai..

5 Ramadhan----26 Ogos
**********************
Abang bercadang nak berbuka kat masjid nabi harini, tapi bila nak kuar je hujan rintik2 dah mula turun. tak lama lps dia masuk umah, hujan pun turun mencurah2..

6 Ramadhan----27 Ogos
**********************
Tengah hari..kami mendapat mesej dari Papa Atiyah. Ada jemputan berbuka di rumah Pak long Isa. Leganya dlm hati..hehe..sbbnya harini aku rasa mcm susah nak berdiri dan berjalan. Perut terasa berat sgt2 sampai kena pegang dinding nak berjalan! huu...dlm pukul 6 lebih kami dah tiba di umah pak long. waduh2, kena mendaki tangga naik tingkat 3! nasib baiklah ada Ummu Atiyah tolong pimpin, kalo tak mesti terhegeh2 aku nak daki tangga satu- satu..Ummu Maryam tak dpt hadir sbb Maryam tak sihat harini.

Menunya? MasyaAllah sgtlah bnyk dan sume sedap2 belaka. aku terpaksa pilih2 nak mkn sebab ruang perut yg sgt2 sempit,hehe..kalo ikutkan bau sedap yg menyerbu hidung, nak aje aku rasa sume hidangan. Ina dan Ummu Insyirah juga ada menyumbangkan juadah. Aku? spt biasalah..bwk perut yg lapo jer..hahaha..

7 Ramadhan----28 Ogos
**********************
Aku terasa spt nak mkn satay lg, wah2 bole tak gitu?? rasa mcm tak puas pulak mkn haritu. hari tu 1st time buat, jd mcm tak puas hati sgtla dgn rasa sate tu. this time dptlah diperbaiki. Akmal pun suka, jadi aku mmg suka buat makanan yg Akmal suka mkn. sebabnya anak bujang aku yg sorang nih, payahnya nak suh dia mkn..kdg2 geram juga dibuatnyer!

Abang berbuka di masjid Nabi hari ni, menunaikan hajatnya yg tak kesampaian smlm..berbuka dgn yogurt yg sebelum ni tak ingin pun dia nak rasa kalo aku dok mkn dgn Akmal , hehe..sedap katanya yogurt ni dimakan dgn duggah. Duggah ni aku pun lum pnh rasa lg, huhu..tapi abang ckp dia mcm serbuk campuran spices.

Ina ada bg kueh harini. kueh keria..sgt sedap, masyaAllah..rajin betul dia nih..masa abang sampai umah lps solat maghrib, sume dh siap. Akmal pun duduk sama mkn. budak ni tak aci betul! dia gigit sikit je nasi impit, pastu tukar lain, yg belum digigit. amboi2, nak yg cantik aje yer?

8 Ramadhan----29 Ogos
**********************
ahh...pening betul! tak tau nak masak aper dah...huu...selalunya aku akan mengikut apa yg aku rasa nak mkn dan larat nak masak. sebabnya kalo aku tnya abang pun, dia akan jawab "masaklah ape2 je yangggg.." jadi harini aku masak mee kari. tak sangka pulak Akmal mintak tambah. "nak agi, agi " maksudnya nak lagi, lagi..hehehe..budak ni kalo dgn telur rebus mmg suka, tapi kuningnya aku yg kena mkn. aduhh..melambung2 la kolestrol aku nih.

9 Ramadhan----30 Ogos
**********************
Semakin berat aku rasa nak bawak badan ni..Harini masak bihun goreng sajer.. ohh..lps lebih kurang seminggu asyik hujan aje, cuaca sudah kembali panas spt biasa.

10 Ramadhan----31 Ogos
***********************
Rasa kejap aje dah 10 hari berpose. Alhmdulillah sumenya berjalan dgn baik, dpt juga aku berpose untuk 1o ramadhan yg pertama ni..kdg2 rasa lapar tu, mmg lah nak baring jer..huhu..takdelah penat ape pun, cuma mcm letih sikit melayan karenah Akmal waktu dia dah takmo tido, nak itula..nak inilah..

Selamat hari Kemerdekaan Malaysia..

harini seawal pukul 3 pagi Akmal dah bgn, mintak air. Niat dihatiku nak tido balik, sekali tgk jam dah pukul 3 daaaa...sedang melayan Akmal mkn cokelat sblm mula hidang makanan nak bersahur, mak Melaka tepon. ohh..abang paling tak suka kalau mak nya menelepon waktu2 tak munasabah!

Ya, mmg ada berita tak enak nak disampaikan. Salah seorang sepupunya telah pergi buat selama- lamanya..Innalillahiwainnailaihiraji'un..sebelah petangnya berpeluang ber chatting dgn kak Nadia, sepupu yg menetap di Kedah. Dpt tau sedikit sebanyak tentang arwah. tentang anak2nya yg ditinggalkan seramai 5 orang. tentang anak yg paling bongsu yg baru berusia 4 tahun yg apabila dikatakan padanya jenazah yg nak ditanam itu adalah maknya, dia menafikan..dan mengatakan yg maknya cuma sakit, nak tido dan nak berehat..sgt sedih dan menghibakan...Semoga Allah menempatkan arwah kak Ila dikalangan org2 beriman, amin..

harini berbuka dgn mee hailam pulak..hehe

Selasa, 25 Ogos 2009

RAMADHAN TERAKHIR DI MADINAH..

Bismillah Wasolatuwassalamu 'ala Rosulillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Aku baru jer selesai goreng kentang. uii, tak pose ehhhh? hehe..bukan untuk aku yer..untuk Akmal! Nanti kalo Akmal dah pandai baca, mesti dia malu sebab ibu bagitau sume org yg dia tak pose! hahaha...

Salam Ramadhan untuk keluarga yg amat2 dirindui di Malaysia,
sahabat2 mutazawijin di Madinah..ummu atiyah, ummu insyirah, ummu maryam, ina, izah (k'tan) ,
untuk sahabat2 yg mengingati kami di mana jua anda berada,
serta anda yg sudi berkunjung ke blog ini.

Tahun ini adalah tahun tahun terakhir kami berpuasa di bumi Madinah ni. Melalui musim panas yg terakhir, juga musim sejuk yg terakhir yg bakal tiba tak berapa lama lg..Dalam hati berbunga riang bila memikirkan suasana ramadhan dan syawal bersama keluarga pada tahun akan datang, aku dah 3 tahun puasa dan raya kat sini, abang pulak dah lima tahun, sejak dia ditawarkan belajar kat sini, namun..tidak dapat dinafikan yg hati kami akan sentiasa rindukan ramadhan di Madinah.

Oleh kerana itu, aku bercadang untuk membuat catatan sepanjang bulan ramadhan ini sebagai kenang2an untuk kami nanti. Aku berazam untuk puasa penuh sebab dah jumpa doktor haritu dan minta pendapatnya. InsyaAllah no problem katanya..hihi

1 Ramadhan
***********
Cuaca panas seperti biasa sehinggalah azan solat asar berkumandang. Tiba2 langit jadi gelap, mendung. tapi takde hujan. kami berbuka dgn rutob a.k.a ruthanah, air sirap bandung, dan sedikit juadah yg diberi oleh ina (kueh vadai dan puding). Setelah solat maghrib aku terasa seperti nak pengsan, tak bole duduk dan berdiri, nak tumbang jer rasanya. Abang nasihatkan aku baring berehat, dan ntah berapa lama lps tu barulah aku bole bgn..dlm hati aku berdoa jgnlah esok jd mcm ni lg..huhu..oh ye, setakat ni aku belum lg bersolat terawih di Masjid Nabi kerana risau dgn penularan wabak h1n1.

2 Ramadhan
***********
Akmal bgn waktu kitaorg nak sahur. ingatkan dia nak tido balik lps minum air. tiba2 dia mintak nak basuh tgn..hihi..rupanya nak join bersahur gak.

Cuaca panas juga sama spt smlm, tapi bila masuk waktu asar je aku tgk melalui tingkap cahaya kuning kat luar rumah disertai dgn seakan2 jerebu juga angin yg kuat bertiup. Tak lama lps tu, hujan pun turun. Alhamdulillah hujan rahmat, aku masak pun air paip sejuk jer, taklah panas mcm selalu..hihi..

Dalam pukul 4.45 ptg, abang dan beberapa org sahabatnya keluar untuk berjumpa seorang ustaz yg dtg menunaikan umrah. katanya ada org nak bagi sumbangan, alhamdulillah rezeki di bulan ramadhan. beberapa hari lps juga suami ina telah menghantar barang2 musaadah antaranya beras, gula, tepong, susu tepong, minyak masak, oat, kordial minuman dan bnyk lg barang2 keperluan dapo..

Smlm sebelum tido aku ckp dgn abang yg aku teringin nak mkn satay..hehe..tapi aku takdelah cdg nak bakar guna arang. nak buat satay goreng jer..org mengandung ni mmg ada2 jer..jadi ptg sebelum buka aku dah siap2kan perapan ayam dan nasi impit. Lps selesai solat terawih tercapailah hajat nak mkn satay..Akmal waktu tu dahpun lena..

3 Ramadhan
***********
Hari ni hujan lagi di Madinah. Masa tunggu berbuka, kitaorg bukak channel Saudi 2 yg menyiarkan solat maghrib live dari Masjid Nabi. Teringat aku akan kata2 lelaki yg bercakap2 sblm azan tu "we love rain, we like rain. we consider it as rahmah from Allah". hmm...berbeza sungguh tanggapan org pd hujan ni. bg yg selalu mendapat hujan pasti tidak akan terasa keistimewaan hujan ni selain dari kedinginan yg disumbangkan oleh curahan hujan tu..

Kami berbuka spt biasa dgn rutob dan air. Biasanya aku akn minum susu waktu berbuka supaya cpt rasa kenyang dan untuk hilangkan rasa pedih ulu hati yg kadang2 menyerang. ahh...nanti akan rindulah kami dgn kelazatan dan kemanisan rutob ni. Mmg sangat sedap, masyaAllah..lebih2 lg yg baru keluar dari petiais..ntah ada ke tak agaknya kurma jenis ni kat Malaysia nanti..tak apalah jika takde. yg penting skrg kena menikmati ramadhan disini..

Sudah beberapa hari pose ni kitaorg mmg tak mkn nasi waktu berbuka. Waktu sahur barulah mkn nasi. Mkn yg simple2 dan besederhana je. Aku pun tak masak yg berat2 sebelum berbuka. Paling berat pun cekodok jer, hehe.. Biasanya aktiviti msk aku buat lps solat maghrib dan berehat kejap. Sebab dah beberapa hari pose ni, lps buka je perut akan jd tegang..Mkn lps maghrib tu pun taklah berat sgt..

ok setakat ni dulu...Akmal dah suruh aku bangun dari kerusi. nak naum katanya..dah mkn kentang, dah minum halib, dah siap yak ni. dah tak selesa la tu..huhu

InsyaAllah nanti jika ada kelapangan aku akan cuba tulis lg. aku sekarang dahpun dlm minggu 35. Dah pegi check-up minggu lps. Nanti aku buat laporan jika ada kelapangan, hehe..

Selasa, 11 Ogos 2009

Sekadar coretan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Aku andaikan Izah telah selamat sampai ke Malaysia skrg ini, insyaAllah..Masih teringat lg kali pertama kami berkenalan, di KLIA. Waktu tu aku telah pun mengandungkan Akmal 3 bulan. Memang Izah ini peramah orangnya. Tempoh setahun bersama diperantauan adalah waktu yg amat singkat dirasakan. Semoga Izah sekuarga sentiasa dirahmati Allah dimana jua berada, amin..

Terima kasih atas segala pertolongan, info2 perubatan yg diberikan, servis perubatan percuma (hehe) , cerita2 dan pengalaman seorang doktor dan atas persahabatan yg sangat berharga ini. Semoga Allah izinkan kita bertemu lg. Teruskan berblogging jika berkesempatan.

Mari baca pulak perkembangan semasa ummuAkmal & family..

Aku
****
Sekarang aku sedang berada dlm minggu ke 32. Aku berazam untuk puasa penuh ramadhan akan dtg ni jika kesihatan mengizinkan. Banyak benda yg perlu diselesaikan sebelum kedatangan ramadhan ni. Antaranya nak sediakan barang keperluan untuk baby. Punyalah selamba aku ni, dah 8 bulan mengandung, baru sehelai baju baby aku beli..hahaha..kenaikan berat badan sehingga skrg adalah 7 kilo..aku mcm rasa sikit sangat naiknya, tapi kang kalo naik bnyk2 kilo, aku pulak yg susah hati..huhu..aku dah mula rasa sakit2 mcm yg aku alami masa mengandung Akmal dulu..hee bila rasa sakit mcm tu cuak gak dibuatnya..mengandung kali ni takde bengkak kaki, alhmdulillah..mungkin sebab berat tak naik bnyk sgt kot..pedih ulu hati, sakit sekitar pinggang tu aku anggap biasalah..sebab dah masuk 8 bulan pun kan..

Akmal
******
Budak comel sorang ni aku rasakan makin manja sekarang. Ntahla..mungkin dia rasa tak lama lg dia tak akan dpt bermanja giler2 dgn ibu. baring pun nak atas riba aku, dgn perut aku yg dah ke dpn ni, manalah nak muat kalo nak baring selesa2 kan...kadang2 sampai senak perut dibuatnya..
Gigi bahagian atas dah mula menunjukkan diri masing2. Kalau dia gelak tu, dah nampaklah putih2 penuh. cuma belum kuar habis je.

3, 4 hari lepas aku perasan yg dia dah boring dgn mainan yg ada dlm bekas mainan. dah taknak main tembak2, taknak main bola sepak, taknak main bat pingpong. rupanya dia berminat main masak2, konon2 belakon potong ayam, fish dan daging. Mesti gara2 tgk fatafeat..hahaha..Mulanya kitaorg tak perasan jugak. tapi 1 hari, terpandang dia amik sikat ayahnya dan belakon mcm tgh memotong sesuatu. Hah sekarang kalo sudip kayu aku hilang, dah tak payah susah2 nak cari merata rumah. tempatnya memangla dlm bakul mainan dia, kui kui kui..

Abang
******
Sedang melalui minggu2 yg sibuk sebagai student yg amik short semester..mid term, assignment perlu disiapkan sebelum final exam yg akan bermula 1 Ramadhan akan dtg..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...