Selasa, 28 Oktober 2014

~ Perkara hebat yang selalu kita terlepas pandang ~

Assalamualaikumwarahmatullah..
Allahummasalli'ala Muhammad..

Apa perkara hebat tu?

Perkara yang aku maksudkan adalah 'ISTIGHFAR'.

Perkara yang kita semua terlepas pandang. Kenapa? Sebab kita ( termasuk aku) tak tahu apa kelebihan disebalik perbuatan memohon ampun pada Allah. Kita tahu kita tak tahu, dan tak pulak berusaha untuk mengambil tahu. Kalaupun kita dah tahu, kita anggap perkara tu perkara biasa-biasa je sebab takde penghayatan. 

Orang yang beragama Islam memang ramai, tapi berapa ramai yang menghayati Islam itu sendiri?

Tak payah pegi jauh-jauh, mulakan dengan diri sendiri.

Aku sertakan link tentang kelebihan istighfar. Cuba kita sama-sama luangkan sikit masa untuk saham akhirat kita. InsyaAllah..



Kongsi Cerita:
Ada kenalan yang telah berkahwin beberapa tahun (tak ingat dah sebab dah lama) tapi mereka tidak dikurniakan zuriat. Seperti pasangan lain mereka juga dah berikhtiar sedaya upaya.Dari segi kesihatan pasangan tersebut ternyata tidak ada apa-apa masalah. Ye memang rezeki anak itu Allah yang tentukan, namun kita juga perlulah berusaha. 
Semasa kenalan aku mengandung aku ada pergi ke rumah dia , berbual-bual. Entah macam mana boleh masuk topik antara usaha yang dilakukan oleh kenalan aku tu. Kuncinya adalah istiqamah (berterusan) dan sabar...
Antaranya adalah amalkan pemakanan sunnah, berbekam dan sentiasa BERISTIGHFAR.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...