Ahad, 18 November 2012

Cara simpan brokoli agar segar lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni hari Ahad. Kalau balik Melaka, pagi-pagi lagi mak dan ayah akan pergi pasar borong depan rumah untuk beli stok lauk dan sayur-sayur untuk seminggu. Begitulah rutin mak dan ayah mentua setiap minggu. Mak Melaka sangat rajin orangnya. Sebelum pergi kerja, setiap pagi dia akan menyediakan sarapan dan lauk untuk tengahari. Rajin kan?hehe..

Sebenarnya hari ni aku nak berkongsi tips untuk sayur brokoli. Sebelum aku amalkan tips ni, selalunya brokoli akan cepat bertukar jadi kuning dan tak nampak segar. Bila tak segar, macam tak semangat jer nak masak,hahaha...boleh gitu? yes, alasan semata-mata untuk orang malas!


Sebelum berkongsi tips, mari kita tengok sikit diantara kebaikan makan sayur brokoli ni:

1. Brokoli dapat membantu mencegah kanser.

2. Brokoli dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Bagus bagi mereka yang mengidap diabetis.

3. Warna hijau pekat sayur ni menunjukkan ianya kaya dengan antioksida. Bagus untuk kulit dan mencegah kanser.

4. Brokoli adalah sumber serat yang tinggi. Sangat bagus untuk sistem penghadaman.

Dan banyak lagi sebenarnya khasiat brokoli ni. Anda semua google je, mesti banyak maklumat tentang kebaikan makan brokoli ni.

Ok lah, ni tipsnya:

Masuk air dalam cawan, masukkan brokoli sehingga batangya terendam. Kemudian simpan dalam petiais seperti biasa. Brokoli akan kekal hijau selama seminggu, In sya Allah..

Tips ni aku dah cuba dan terbukti berkesan. Kadang-kadang sampai 2 minggu pun brokoli masih segar. Faktor tahap kesejukan petiais pun menyumbang terhadap cara menyimpan brokoli ni. Tips ni aku dapat masa pergi pasar, ternampak orang jual sayur buat cara ni so aku pun tiru.

Brokoli + butter kemudian panggang.cubalah, sedap...Selamat mencuba.

Rabu, 7 November 2012

Kerisauan Seorang Ibu

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera.
Aku doakan semoga semua sihat sejahtera.

Alhamdulillah kenduri 'cukur jambul' anak buah kesayangan aku, Muhammad Danial Luqman telah berjalan dengan baik. Apatah lagi dengan adanya khidmat katering, bertambah rilek la kami adik beradik. Kalau masak sendiri, lepas habis majlis semua tumbang dek kepenatan, macam kena tembak! hahaha..kenapa panggil 'cukur jambul' ?aku pun tak tahu jawapannya..

Setiap kali dapat berkumpul 8 beradik, rumah emak abah aku pasti riuh. Masing-masing ada je modal nak buat lawak. Macam ada stand up comedian contest pulak. Tukang merapu dan menyampuk pun boleh tahan. Kalau berkumpul ramai-ramai, memang macam tulah gayanya kan..sangat seronok.

SIL aku adalah seorang pengusaha TADIKA GENIUS AULAD. Dulu dia jadi cikgu, sekarang dia dah ada 2 cawangan. Tahniah untuknya dan alhamdulillah atas kejayaan menjadi usahawan. Apa yang aku nak kongsikan adalah, setiap kali berkumpul, dia pasti akan ceritakan pengalamannya, terutamanya tentang perangai budak-budak di tadika. Tapi yang paling seronok kalau dengar cerita tentang mak bapak budak-budak. Macam-macam dan kadang-kadang hampir tak percaya dengan perangai "orang banyak duit".

Selalu jugak aku tanya dia soalan yang berkaitan dengan anak-anak ni. Antaranya, macam mana nak bagi kanak-kanak cepat pandai membaca. Yelah, ibu bapa mana yang tak mahu anaknya cepat membaca kan? aku pun tergolong dalam kelompok itu juga. SIL aku cakap, jangan risaulah kalau Akmal tak pandai membaca. Sebab katanya mengikut pengalaman dia ,budak-budak ni belum sampai masa je lagi. Bila dah sampai masanya, tiba-tiba je dah tau mengeja dan membaca. Tapi kena sentiasa pantau perkembangan pelajaran dia. Aku bukan ape, jadi risau sebab pernah tengok filem lakonan Amir Khan berjudul Tare Zhameen Phar. 

Azam aku, cuti sekolah ni Akmal akan pandai membaca! InsyaAllah..

Aku ada beli set buku siri cepat membaca di AdikBijak. Harap2nya dapat membantu sedikit sebanyak,InsyaAllah. Anda semua jomla shopping buku kat AdikBijak. Macam-Macam buku yang bermanfaat ada.

Jumaat, 2 November 2012

Tiket Kanak- Kanak Percuma ke Legoland

Assalamualaikumwarahmatullah..
Bersempena cuti sekolah yang bakal menjelang, aku nak kongsikan 1 berita ni. Mungkin ramai yang dah tau tapi mesti ramai juga yang belum tau. so share2 lah ye..sharing is caring, hehe..
sila klik sini

Jumaat, 26 Oktober 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua..




Alhamdulillah dapat menyambut Aidiladha pada tahun ni. Semalam kami berpuasa bersempena Hari Arafah. Berbuka dengan rendang ayam ,kuah kacang dan nasi impit, hehe..

Pelik, tapi benar. Emak-emak walaupun berpuasa, tak boleh merasa masakan semasa memasak tapi tetap sedap masakan mereka. Secukup rasa gula garamnya. Itulah sebabnya kebanyakan anak-anak akan rindukan masakan air tangan emak mereka. Lebih- lebih lagi kepada mereka yang nun jauh diperantauan. Betul tak korang?

Dalam beberapa minggu lepas, aku ada letak banner link-link dalam blog ni tapi masih belum berkesempatan buat entri khusus untuk banner tersebut. Di harapkan pengunjung, blogwalking, silent reader sudi-sudi lah klik pada banner tersebut ya. Terima kasih semua.

Malam ni insyaAllah akan bertolak balik ke Muar pulak. Esok ada kenduri kesyukuran bersempena kelahiran Muhammad Danial Luqman, anak sedara aku yang baru. Inilah sepupu baru Akmal dan Wafa. . Kenapa entah orang panggil kenduri potong jambul..pelik juga..Kadang-kadang adat ni sangat memeningkan..Apepun,semoga majlis esok akan berjalan lancar seperti yang dirangcangkan dan lebih utama ianya diberkati,insyaAllah..

Bt. Berendam, Melaka.

Khamis, 4 Oktober 2012

Wafa 3 Tahun

Assalamualaikumwaramatullah..
Bismillahirrahmanirrahim..
Sanah Helwah kepada anak dara ibu, 4 Oktober
Ibu doakan semoga Wafa sihat sejahtera, membesar dgn ceria, jadi anak yang solehah, jadi hamba Allah yang baik.
Ibu doakan segala kebaikan untuk Wafa dunia dan akhirat.

Wafa masih lagi wangi macam dulu2 jugak hasil penangan susu ibu. Rasanya selagi belum ada adik, selagi tulah dia tak boleh berhenti..hehehe..

Saat tunggu Wafa keluar memang mendebarkan. Pertama sebab doktor bagi peluang lahirkan secara normal, tapi berakhir dgn ceaser juga seba air ketuban dah kering. Kedua sebab memang aku dgn abang dah sepakat taknak tahu jantina babyy sebelum dia lahir. Bila dah sedar je, dapat tahu pulak baby girl,alahai suka sgt hati.Alhamdulillah..


Baru keluar dari perut. kedut2 lagi

Ini dah pandai bowling!

Aidil adha tahun lepas.

Wafa di Mekah, umrah pertamanya

Wafa di masjid nabawi

Wafa dlm kapalterbang balik Malaysia

Wafa dgn Makteh

Wafa dgn Nenek Melaka





3 Gambar yg terakhir adalah di Madinah.

Gambar2 lama ni buat aku rindu dgn Madinah.
Cerita Adam & Hawa pun berkisarkan pergi umrah harini..sob,,,sob
Semoga ada lagi peluang untuk kami ke sana.
Kepada sesiapa yang dah pernah menjejakkan kaki kesana, tentu percaya..takkan sama perasaan berada di Haramain dengan tengok dalam tv. Tengok Kaabah secara live pasti akan mengundang perasaan takjub yg luarbiasa. Airmata pasti mengalir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...