Jumaat, 26 Oktober 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua..




Alhamdulillah dapat menyambut Aidiladha pada tahun ni. Semalam kami berpuasa bersempena Hari Arafah. Berbuka dengan rendang ayam ,kuah kacang dan nasi impit, hehe..

Pelik, tapi benar. Emak-emak walaupun berpuasa, tak boleh merasa masakan semasa memasak tapi tetap sedap masakan mereka. Secukup rasa gula garamnya. Itulah sebabnya kebanyakan anak-anak akan rindukan masakan air tangan emak mereka. Lebih- lebih lagi kepada mereka yang nun jauh diperantauan. Betul tak korang?

Dalam beberapa minggu lepas, aku ada letak banner link-link dalam blog ni tapi masih belum berkesempatan buat entri khusus untuk banner tersebut. Di harapkan pengunjung, blogwalking, silent reader sudi-sudi lah klik pada banner tersebut ya. Terima kasih semua.

Malam ni insyaAllah akan bertolak balik ke Muar pulak. Esok ada kenduri kesyukuran bersempena kelahiran Muhammad Danial Luqman, anak sedara aku yang baru. Inilah sepupu baru Akmal dan Wafa. . Kenapa entah orang panggil kenduri potong jambul..pelik juga..Kadang-kadang adat ni sangat memeningkan..Apepun,semoga majlis esok akan berjalan lancar seperti yang dirangcangkan dan lebih utama ianya diberkati,insyaAllah..

Bt. Berendam, Melaka.

Khamis, 4 Oktober 2012

Wafa 3 Tahun

Assalamualaikumwaramatullah..
Bismillahirrahmanirrahim..
Sanah Helwah kepada anak dara ibu, 4 Oktober
Ibu doakan semoga Wafa sihat sejahtera, membesar dgn ceria, jadi anak yang solehah, jadi hamba Allah yang baik.
Ibu doakan segala kebaikan untuk Wafa dunia dan akhirat.

Wafa masih lagi wangi macam dulu2 jugak hasil penangan susu ibu. Rasanya selagi belum ada adik, selagi tulah dia tak boleh berhenti..hehehe..

Saat tunggu Wafa keluar memang mendebarkan. Pertama sebab doktor bagi peluang lahirkan secara normal, tapi berakhir dgn ceaser juga seba air ketuban dah kering. Kedua sebab memang aku dgn abang dah sepakat taknak tahu jantina babyy sebelum dia lahir. Bila dah sedar je, dapat tahu pulak baby girl,alahai suka sgt hati.Alhamdulillah..


Baru keluar dari perut. kedut2 lagi

Ini dah pandai bowling!

Aidil adha tahun lepas.

Wafa di Mekah, umrah pertamanya

Wafa di masjid nabawi

Wafa dlm kapalterbang balik Malaysia

Wafa dgn Makteh

Wafa dgn Nenek Melaka





3 Gambar yg terakhir adalah di Madinah.

Gambar2 lama ni buat aku rindu dgn Madinah.
Cerita Adam & Hawa pun berkisarkan pergi umrah harini..sob,,,sob
Semoga ada lagi peluang untuk kami ke sana.
Kepada sesiapa yang dah pernah menjejakkan kaki kesana, tentu percaya..takkan sama perasaan berada di Haramain dengan tengok dalam tv. Tengok Kaabah secara live pasti akan mengundang perasaan takjub yg luarbiasa. Airmata pasti mengalir.

Khamis, 27 September 2012

Terselamat!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa perasaan korang bila dapat emel macam ni?


Dear Winner,

Identification Numbers

Batch number.....................YM 09102XN
Ref number.......................YM35447XN

Winning number...................YM09788

We will like to bring to your notice that you are one of our outstanding 
winner in the on-going 2012 MICROSOFT-CORPORATION Award draw of £1,000,000.00 
GBP.{One Million Great Britain Pounds} Aim at alleviating Poverty and also 
encouraging our customers world wide
CLAIMS REQUIREMENT
FULL NAME:......................
AGE:................................... 
SEX:........................................
HOME ADDRESS:.....................
COUNTRY/STATE:...................
PHONE :...................................
MOBILE:...................................
OCCUPATION:......................
You are requested to contact EVENTS AGENT MANAGER,send your winning
identification numbers,fill the claim information above and send it to them
at this contact address below.



Mr. Thomas Lampard

Microsoft Promotion Award Team
Phone:+447024074329 /+447024029792



Our special thanks and gratitude to Bill Gates and associates.Accept our

hearty congratulations once again.


Macam2 perasaan bukan? yes! aku teruja. Duit tu beb! Then aku bagi lah info yang diaorang perlukan tu.. Dibalasnya pulak emel aku. Hadoi, bertambahlah keterujaan aku. Disuruhnya aku hubungi courier service yang berkenaan melalui emel. Aku pun layankan je. Aku bagi info pada courier ni dalam pukul 12 malam, then pukul 1 pg dia call! Ya Allah! betul ke dapat duit ni???? Ber iye2 the so called courier officer tu yakinkan aku yang duit yang berupa cek dah ada, tinggal tunggu bayaran servis penghantaran je. Hmmm...ada sesuatu yang pelik kan? Di bawah ni  adalah pilihan2 untuk bayaran servis penghantaran. Panjang berjela emel dia, ni aku post part yang penting je ek..

The options, together with their associated conditions are presented below:
Express Delivery (24 hours):
Courier Charges------------------£89.00
Administrative Charge------------£199.00 
Insurance Cover Fee--------------£351.00
Value Added Tax------------------£70. 00
________________________________________
Total £809.00
________________________________________
Courier Regular (3-4 Days):
Courier Charges------------------£150. 00
Administrative Charge------------£210.00
Insurance Cover Fee--------------£170.00
Value Added Tax------------------£220. 00 
________________________________________
Total £750.00
________________________________________

Courier Economy (4-5 Days):
Courier Charges------------------£35.00
Administrative Charge------------£250.00 
Insurance Cover Fee--------------£120.00
Value Added Tax------------------£45. 00
________________________________________
Total £650.00
________________________________
Ha? tak gila namanya? kita menang duit, servis nak hantar cek kita pulak bayar. Lepas tu abang pun cakap "Abg masih skeptikal dgn perkara mcm ni. Abg belajar sesuatu drpd kehidupan ni, susah nak dapat duit senang. Apa jaminan yang cek tu akan selamat sampai pd kita?" Ok,stop layan orang macam ni. Esoknya dia call lagi. Aduhai...Then aku cakap. Its okla, i dont want the money. huhuhu...

Bayangkanlah kalau aku berhabis duit semata nak dapatkan benda yang belum tentu..Gila betul penipuan internet ni! So anda diluar sana, berhati2lah ye..
Sekian.

Selasa, 11 September 2012

Cuti Merdeka


Bismillahirrahmanirrahim..

Alamak, gambo menegak  la pulak. Tak reti nak lintangkan..huhu..
Inilah anak buah aku, yang tak sabo2 nak lahir beraya..Alhamdulillah walaupun lahir belum cukup bulan budak tecit ni tak duduk lama kat sepital. Seminggu je..waa..sangat hebat hero ni, MasyaAllah..


Senyum dalam tido. Memang menggeramkan!!

Akmal & Wafa bersama adik baby

suka tido..geram aku!!

Getting moolah has never been more fun. Be a part of #ChurpChurp

Getting moolah has never been more fun. Be a part of #ChurpChurp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...