Isnin, 26 November 2012

Resolusi 'Asyura 1434

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu lepas semasa aku dan encik suami menidurkan anak2 kami, aku telah membuka topik tentang kerisauan aku terhadap perkembangan Akmal&Wafa. Rasanya kami dah terlalai dalam memberikan perkembangan yang sihat kepada anak2 kesayangan kami ini. Kata abang, alhamdulillah kita sedar, ada orang tak sedar pun dan tak ambil kisah pun tentang ni semua.

Semuanya bermula ketika minggu terakhir persekolan Akmal. Setiap hari Akmal akan bawa balik sejumlah buku latihan dari sekolah. Yelah kan, dah nak habis sekolah, mestilah cikgu nak kosongkan rak2 buku semua. Aku akan semak apa saja buku yang Akmal bawa balik. Dari situ aku dapati, Akmal tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pembelajarannya selama 4jam setiap hari. Ada rasa marah dan kecewa disitu. Tapi lepas buat penilaian, aku pasti semuanya terjadi kerana kesalahan kami.

Jesteru, musim cuti sekolah ini, aku dan abang tidak memberikan cuti kepada Akmal. Setiap hari Akmal perlu menjalani latih tubi &gerak gempur untuk mencapai target yang telah aku tetapkan. Macam nak ambik PMR&SPM.hehehe...taklah seketat itu. Yang penting perlu ada sesi pembelajaran setiap hari dan kurangkan aktiviti menonton tv. Kebetulan pulak akhir-akhir ni aku ada baca blog DarwishnDarwisya . Aku sangat suka dengan pendapat empunya blog, Lina Karim tentang Pengaruh tv tehadap anak2 kita. Banyak yang aku setuju bila baca entry tu.

Harapan aku semoga segala usaha kami ini dipermudahkan Allah. Semoga anak-anak kami menjadi anak soleh solehah...

Apa yang akan anda baca dibawah ni adalah hasil pemikiran kekasih hati aku. Terjumpa kat desktop :-)


RESOLUSI ‘ASYURA 1434

1. Menghalang pengaruh, kesan, budaya serta unsur negatif media dari anak-anak dengan langkah-langkah yang berikut:
i. menghadkan dan mengawal paparan yang boleh dilihat anak-anak kepada hanya yang bermanfaat sahaja.
ii.  menetapkan waktu dan tempoh tertentu di hadapan televisyen bagi mereka.
iii. berhati-hati dengan apa yang ditonton ketika anak-anak berada bersama.
iv. memberi penjelasan tentang sikap, sifat, dan kelakuan negatif yang terlihat di kaca tv mahupun di mana-mana sahaja.
v. membatalkan saluran movie-(ini ditujukan khas untuk aku,hahaha)
vi. mengawal permainan games hanya kepada yang membina sahaja.


2. Memupuk pengaruh, kesan, budaya serta unsur positif kepada anak-anak. Ianya dengan beberapa inisiatif seperti yang berikut:
i. membawa anak ke masjid secara yang  konsisten.
ii. mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dan memantau perkembangan mereka dari masa ke semasa.
iii. membudayakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka.
iv. bergaul dan melayani mereka dengan kebijaksanaan, kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya.

3. Sentiasa bersedia untuk berkorban demi kepentingan, perkembangan kendiri dan masa depan anak-anak.

4. Memperbaiki diri agar menjadi suri teladan kepada anak-anak.

5. Sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT untuk kebaikan, kesejahteraan, kebahagiaan, keselamatan, keberkatan, masa depan anak-anak yang dikasihi.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...