Selasa, 23 September 2014

Assalamualaikumwarahmatullah..
Allahumma Salli'ala Muhammad..

Alhamdulillah semester pengajian june-november dah pun berakhir. Tinggal tunggu budak-budak nak periksa final je. Waktu macam ni adalah waktu yang dinantikan oleh cikgu cikgi. hehe..Tapi bosan jugak sebab datang keja, tapi tak ada buat ape. 

Jadinya, otak aku ni memikir je macam mana nak memenuhkan masa yang akan terluang lebih kurang sebulan setengah. Membaca sudah tentu! Minggu lepas balik umah mak melaka, 5 biji novel sekali aku rembat.Pastu rasa macam nak belajar menjahit!


Menjahit ni macam cita-cita aku sejak sekian lama tapi belum tercapai, uish kesian kaaannn? Dulu masa sekolah aku jahit tudung sendiri, sekarang pun alter seluar slack sendiri. Punya mendalam minat, tapi belum berkesempatan lagi nak merealisasikan impian yg terpendam tu. InsyaAllah satu hari nanti. Alangkah seronoknya bila ahli keluarga kita pakai baju hasil titik peluh kita. (berpeluh lah sangat kaaann..haha)

Oklah, setakat ini dulu membebel. InsyaAllah kalau bernafas, kita jumpa lagi. Terima kasih sudi membaca.

Kepada sesiapa yang minat kpd Prof Muhaya dan nak memiliki atau nak menghadiahkan seseorang dengan hadiah buku, sila klik kat sini ye. Harga selepas diskaun adalah RM 50. Tidak termasuk kos pos. Murah kan? Cepat-cepat oder sebab tinggal 3 buah sahaja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...